Masak lauk apa ya tengahari ni? Jika belum masak, apa kata masak resepi yang paling mudah iaitu ikan goreng masak taucu. Resepi yang ringkas macam ni memang sesuai sekali untuk ibu yang bekerja kerana menjimatkan masa. Rasanya semua orang tau cara memasak ikan goreng taucu ni, tapi saya ingin juga berkongsi di sini sebab anak saya suka masakan begini. Nanti senang dia nak rujuk semula jika teringin nak makan dan taklah tertanya-tanya lagi dengan saya.
Maklumlah anak remaja yang baru nak belajar memasak memang begitu. Hari ni di ajar, esok lupa lagi. Masuk ke dapur merupakan pengalaman baru bagi mereka...dan sebolehnya biarlah apa yang di masak itu menjadi dan dia bersemangat untuk masak lagi nantinya. Sebab itulah sebolehnya saya cuba sertakan langkah demi langkah cara memasak agar anak-anak yang baru berjinak dengan dapur akan lebih faham.

IKAN GORENG MASAK TAUCU
sumber : Mamak Haji
Bahan-bahan
5-6 ekor Ikan selayang (Boleh gantikan dengan apa-apa jenis ikan)
5 sudu besar taucu - basuh dan bersihkan taucunya.
2 biji bawang labu dihiris bulat.
3 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris halus.
5 tangkai cili api dibelah-dua memanjang.
1 tangkai cili merah - belah dua memanjang.
1 biji lada benggala/ capsicum – dihiris.
1 biji tomato dibelah empat.
1 btg serai dibelah dua atau diketuk.
1 sudu besar gula pasir.
1 sudu besar asam jawa dijadikan satu cawan air asam.
2 sudu besar minyak masak.
Cara Memasak:
1. Ikan di siang dan bersihkan lalu dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing sedikit.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 2 sudu besar. Masukkan serai dan tumis serai hingga naik baunya, masukkan bawang, putih, bawang, halia, cili api, cili merah dan lada benggala.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau haruman (layu saja) masukkan taucu 4 sudu besar dan diikuti dengan air asam jawa. Tunggu hingga air asam mendidih. Masukkan gula secukup rasa (untuk matikan keasinan taucu).
3. Tuangkan di atas ikan goreng. Hidangkan dengan nasi panas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)