BINGKA PISANG GULA MERAH

Assalamualaikum,


Hidangan kuih untuk di gandingkan dengan secawan teh petang ini adalah bingka pisang gula merah yang resepinya saya ambil dari dapur kak Rohah iaitu di SINI. Saya membakarnya di dalam loyang muffin, jadi senang untuk di makan kerana saiznya yang kecil. Rasanya juga sedap hasil paduan pisang ranum dan gula merah. Terima kasih kak Rohah kerana resepi yang mudah dan sedap ini. Anak-anak saya menggemarinya dan saya juga suka resepi yang mudah begini kerana kesuntukan waktu. Izinkan saya berkongsi resepinya sekali lagi di sini untuk rujukan di masa depan. :)

BINGKA PISANG GULA MERAH
Sumber : rohah (rohaisha.blogspot)

Bahan A (di kisar) 
10 biji pisang awak
1 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula merah
1/2 sudu kecil garam
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
Bijan untuk ditabur

Cara:
1.Satukan semua bahan A di dalam blender dan kisar hingga halus.

2. Tuang bahan yang dikisar dalam satu bekas, gaulkannya dengan tepung gandum, tepung beras dan minyak masak.Kacau sebati.
3.Sediakan loyang berukuran 7'' atau 8'', sapukan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan ke dalamnya, taburkan bijan dan bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius. (saya gunakan loyang muffin jadi masa membakarnya lebih pendek)
4.Bila bingka telah masak dan sejuk, bolehlah di hidangkan.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)