SAMBAL TAUHU DENGAN UDANG

Assalamualaikum,

Pengambilan tauhu sebagai diet pemakanan harian ternyata memberi banyak kebaikan untuk kesihatan. Jika bukan sebab kesihatan pun saya memang suka makan tauhu. Walaupun di rumah ini cuma saya seorang penggemar tauhu, ini tidak menghalang saya untuk masak dan menikmatinya. Menu tauhu dengan udang ini saya masak untuk 'dinner' malam tadi setelah blogwalking ke dapur Che Mat di Tiffinbiru. Mohon maaf pada CMG kerana saya telah mengubah resepinya mengikut kesesuaian dan bahan-bahan yang ada di dapur rumah saya sahaja.

Bagi penggemar tauhu seperti saya, jomlah kita lihat resepi Sambal tauhu dengan udang yang sedap ni...

SAMBAL TAUHU DENGAN UDANG
Bahan-bahannya
3 keping tauhu 
250 g udang sederhana besar (saya guna udang kecil sahaja)
1 biji bawang besar, potong bulat
1/4 cawan jus asam jawa
BAHAN KISAR 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
5 tangkai cili merah
4 biji cili padi 
BAHAN PERASA
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
1 camca besar gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Potong 9 setiap keping (potong kiub) dan goreng terendam hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Udang dikupas kulit, buang urat belakang, cuci dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di kisar hingga wangi.

3. Masukkan sos tiram dan sos cili sambil di kacau. Masak hingga terbit minyak dengan menggunakan api sederhana.
4.Tuang jus asam jawa kedalam kuali dan masukkan gula. Bila mendidih, masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan tauhu tadi dan tambah sedikit garam. Masak hingga sambal pekat.
5.Bila sudah secukup rasa bolehlah di angkat dan hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)