KEK KELAPA

Assalamualaikum & salam sejahtera :)

Menjelang hari-hari terakhir persekolahan sebelum cuti panjang bermula dari 9hb November hingga akhir Disember 2012, selalunya sekolah-sekolah di sini akan mengadakan jamuan. Tujuan pihak sekolah mengadakan jamuan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara murid dan guru dan ini adalah satu aktiviti yang menyeronok kan terutama sekali bagi anak-anak :)

Pulang saja dari kerja semalam, anak-anak sudah order kek untuk majlis jamuan di sekolah mereka hari ni dan saya telah membakar sebiji kek kelapa. Bangun pagi ini, saya telah menambah krim dan hiasan kelapa kering di atas kek tersebut dan anak-anak makin teruja untuk membawanya ke sekolah dan berkongsi dengan guru dan teman-teman.

Jom kita lihat resepinya :)

KEK KELAPA 
Bahan-bahan
375gm mentega
350gm tepung naik sendiri 
320gm gula kastor 
50gm kelapa kering 
60ml susu segar 
7 biji telur ayam - gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil esen pandan 

Cara membuatnya:-

1. Putar gula dan mentega hingga gebu.

2. Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung, esen, susu dan kelapa kering. Pukul lagi hingga sebati.


3.  Tuang adunan ke dalam loyang yang di sapu dengan mentega dan di lapik kertas terlebih dahulu.

4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'c hingga masak - dalam 45minit (bergantung pada oven masing-masing).

*Tips : Untuk membuat kelapa kering berwarna, masukkan kelapa kering ke dalam plastik dan titiskan dengan pewarna makanan dan goncangkan plastik hingga warna sebati dengan kelapa tersebut.

Untuk membuat krim boleh lihat resepi DI SINI






0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)