AYAM GORENG PANDAN

Assalamualaikum...selamat berhari minggu :)

Hari ini saya ingin berkongsi resepi dari Thailand iaitu ayam goreng pandan. Disini makanan dari Thailand sangat biasa bagi penduduk tempatan kerana jarak antara Pulau Langkawi dan Thailand sangat dekat. Malah ada feri yang mengadakan perjalalanan harian ke selatan Thailand iaitu ke Satun, Thai dari Jeti Kuah Langkawi dan masa yang di ambil kesana cuma 1 jam perjalanan :). 

Baiklah, berbalik kepada resepi ayam goreng pandan...resepi ini menggunakan daun pandan sebagai pembalut ayam tersebut yang di perap terlebih dahulu selama 3 jam atau untuk melazatkan lagi, masa perapan bolehlah di tambah iaitu perap pada malamnya dalam peti sejuk dan goreng keesokan harinya.

Jom kita lihat resepinya dan tutorial bagaimana membalut ayam pandan tersebut.


AYAM GORENG PANDAN 
Bahan-bahan
500gm isi ayam - bahagian dada 
3 ulas bawang putih di tumbuk 
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada sulah 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar kicap cair
Daun pandan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Bersihkan ayam, buang kulit dan potong kiub besar.


2. Satukan bahan-bahan lain dan perapkan bersama isi ayam selama 3 jam atau semalaman.


3. Bila siap untuk di goreng, balut ayam dengan daun pandan dan klipkan dengan pencungkil gigi untuk melekatkan daun tersebut. Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila di goreng. Di harap tutorial balutan yang saya buat ini membantu :)

CARA MEMBALUT

SIAP UNTUK DI GORENG

4. Goreng ayam yang siap di balut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Boleh juga di bakar ayam pandan ini di dalam ketuhar dengan suhu 200'C selama lebih kurang 25minit.

5. Setelah siap bolehlah di hidangkan dengan sos cili thai :)


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)