Assalamualaikum,
Pernah dengar pucuk petai belalang, atau dalam bahasa Thai di sebut Cha-om. Ia adalah sejenis tumbuhan dari keluarga 'accacia' (accacia pennata) dan di gunakan secara meluas dalam hidangan di selatan Thailand. Di pasar basah di sini juga banyak di jual. Mulanya saya juga tak tahu yang pucuk petai belalang ini boleh di gunakan dalam masakan...yang saya tau di kampung-kampung ada orang menikmati pucuk petai belalang ini sebagai ulam dengan menggandingkan nya dengan sambal belacan. Rasa dan baunya sama seperti petai yang sebenar.
Lihat di sini untuk mengenal cha-om atau pucuk petai belalang http://thaifoodandtravel.com/blog/cha-om/#1
Sebenarnya saya juga kurang gemar makan petai kerana baunya tetapi pertama kali saya menikmati pucuk petai belalang ini di restoran Thailand, dimana ia di goreng dengan telur. Boleh tahan sedap juga rasanya di nikmati panas-panas dengan nasi dan semangkuk tomyam udang kegemaran saya.
Hari ini saya mencuba memasaknya di rumah untuk makan malam kerana kebetulan terjumpa pucuk ini di jual di pasar basah tadi. Selalunya pucuk ini laris di jual kerana banyak permintaan dari restoran milik orang Thailand di sini.
Jom lihat resepinya...mana tau ada penggemar petai ingin mencubanya ;)
CHA OM OMELLETTE
Bahan-bahan
Secawan pucuk petai belalang - ambil pucuk sahaja
3 biji telur ayam - gred A
2 biji cili padi - jika suka
secubit garam
1 sudu teh sos ikan atau sos sotong thai
minyak masak
Pucuk petai belalang yang saya beli di pasar
Cara membuatnya:
1. Masukkan pucuk petai belalang, telur, cili padi, garam dan sos ikan/sotong kedalam mangkuk besar, pukul dengan garfu dalam 1 minit hingga bercampur.
2. Panaskan minyak dan tuang telur yang di pukul tadi kedalam kuali. Setelah telur tersebut masak, alihkan dan biarkan satu bahagian lagi masak (seperti menggoreng telur dadar biasa)
3. Hidangkan panas dengan sos cili thai :)
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)