Assalamualaikum,
Salam petang jumaat...:). Hari ini terlewat update blog kerana terlalu sibuk dengan kerja. Dah petang baru sempat jengah blog. Itu pun sebentar je.
Baiklah, entry hari ini adalah muffin strawberry. Saya sangat suka buat kek atau muffin kerana anak-anak amat gemarkan nya. Oleh kerana masa saya di rumah terhad, saya selalunya mencuba resepi yang ringkas dan mudah-mudah sahaja.
Selalunya petang-petang begini anak-anak akan menikmatinya dengan secawan milo hangat sambil menonton TV. Bagi seorang ibu, tiada yang lebih bahagia dari melihat anak-anak menikmati hasil masakan kita sendiri. Selain dari dapat mengawal kandungan gula dalam masakan, kebersihan juga terjaga.
Baiklah jom kita lihat resepinya...
MUFFIN STRAWBERRY
2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur di putar
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan susu segar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan strawberry di cincang
Cara membuatnya
1. Putar telur dan masukan gula, minyak, susu segar, serbuk kayu manis dan esen vanilla sambil di kacau lagi.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Bila adunan sudah siap, masukkan strawberi yang di cincang tadi dan di kaup balik.
4. Masukkan ke dalam cup cake atau muffin cup dan bakar dalam suhu 180'C selama 25 minit.
Tips : Jangan gaul muffin lebih dari 15saat apabila sudah campurkan dengan bahan kering. Jika terlalu di gaul adunan, muffin akan menjadi liat, mendap dan tidak menjadi.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)