KUPANG MASAK KICAP

Assalamualaikum,

Salam sejahtera :). Masak apa hari ni? Apa kata kita masak lauk yang ringkas dan cepat di sediakan dan yang lebih penting di gemari oleh anak-anak. Selalunya anak-anak saya suka sangat makan lauk yang di masak berkicap, tak kiralah telur, ayam atau daging masak kicap. 

Hari ini saya ingin berkongsi masakan yang semua orang dah tau kerana sangat ringkas penyediaan nya. Tapi, saya tetap berkongsi di dalam blog ini untuk rujukan anak saya dan bagi yang mula belajar memasak.

Jom kita lihat resepinya :)


KUPANG MASAK KICAP 
Bahan-bahan nya
500gm kupang (Jika di Langkawi orang memanggilnya siput sudu) :)
sebungkus su-un (pek kecil) - di rendam hingga lembut.
2cm halia - di hiris
1 labu bawang besar - di potong bulat 
3 ulas bawang putih - di hiris
5 biji cili padi - di ketuk
1 mangkuk kecil jus asam jawa 
4 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air - Jika inginkan lebih kuah bolehlah di lebihkan jumlah air

CARA MEMBUATNYA 

1. Rebus kupang dan keluarkan isinya. Isi kupang juga boleh di beli yang siap di kopek dari pasar basah atau pasaraya.

KUPANG YANG BELUM DI REBUS

2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia. biarkan hingga naik bau. Seterusnya masukkan isi kupang dan air asam jawa. Kacau sebentar dan masukkan kicap, gula, su-un dan air.


3. Masak hingga sebati dan rasa masin dan manisnya. Jika kurang masin bolehlah di tambah sedikit garam dan hidangkan panas-panas dengan nasi. :)


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)