Selamat pagi..salam ceria.
Sarapan apa hari ini? Atau masih merancang untuk bersarapan di luar sahaja pagi ini? Sesekali apa kata kita cuba menu sarapan ala barat... :), setelah sering bersarapan yang berat-berat seperti nasi lemak dan roti canai. Chicken Scrambled egg with mini bun ini pastinya di gemari oleh anak-anak dan sesuai sebagai sarapan sebelum ke sekolah dan tidak mengambil masa yang lama untuk di sediakan.
Jom kita lihat resepinya...
CHICKEN SCRAMBLED EGG WITH MINI BUN
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
1 labu bawang besar di cincang dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 keping daging burger - ayam
4 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan keju cheddar yang di parut
beberapa biji mini bun manis
Cara Membuatnya
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng daging burger yang telah di hancurkan, bawang besar, bawang putih hingga daging masak iaitu kira-kira 5 minit.
2. Dalam bekas lain pukul telur, garam dan serbuk lada hitam.Tuang kedalam kuali tadi sehingga telur separuh masak dan di kacau hingga telur hancur. Tuang keju parut tadi dan kacau lagi hingga daging dan telur tadi masak dan bercampur.
3. Belah mini bun, jika suka bakar sebentar. Masukkan scrambled egg tadi, parutan lobak merah dan kobis serta sedikit sos thousand island. Bolehlah di hidangkan :)
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)