Selamat tengahari... :)
Hari ini cuaca panas terik di sini. Menu yang paling sesuai untuk cuaca begini adalah puding atau agar-agar. Apalagi jika puding tersebut di campur dengan buah-buahan. Sungguh segar di nikmati setelah di sejukkan dalam peti ais.
Cherry blossom pudding ni sebenarnya menggunakan isi buah laici yang di bentuk menjadi kelopak bunga sebagai dasarnya. Kelopak ini akan terbentuk dengan cantik sekali, jika buah yang di gunakan masih lagi keras. Resepinya mudah dan sesuai sekali untuk yang baru belajar memasak. Sumber resepi ini saya ambil dari resepi asal sunkist MyR, tapi saya ubah sedikit dengan menggunakan agar-agar serbuk.
CHERRY BLOSSOM PUDDING
Bahan-bahan
10gm agar-agar serbuk
1.5liter air (air biasa di campur dengan air laici di dalam tin)
1 tin laici
1 cawan gula
pewarna pilihan
Cara membuatnya:-
1. Buka penutup tin laici, keluarkan isinya dan gunting membentuk seperti bunga. Atur bunga dari isi laici tersebut ke dalam acuan.
2. Masak agar-agar dengan gula dan 1.5 liter air. Air tersebut ialah air biasa di campur dengan air laici dari dalam tin tadi, setelah di keluarkan isinya. Warnakan dengan warna kegemaran.
3. Tuang agar-agar yang telah mendidih kedalam acuan agar-agar dan biarkan keras.
4. Sedia untuk di hidangkan. Lebih enak di nikmati sejuk setelah di masukkan kedalam peti ais.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)