BAHULU LAPIS AGAR-AGAR

Assalamualaikum,

Resepi yang saya ingin berkongsi ini ialah sejenis dessert dan sesuai di hidangkan di majlis-majlis. Ada kelainan resepi kali ini kerana rasa lemak manis bahulu di gandingkan dengan agar-agar dan buah-buahan menerbitkan rasa yang enak.

Resepi ini saya ambil dari buku aneka kuih talam keluaran karangkraf. Cuma bahulu yang saya buat ini kurang gebu setelah di lapis agar-agar, entah di mana silapnya. Mungkin saya perlu masukkan 1/2 sudu teh baking powder di dalam adunan untuk mendapatkan tekstur yang lebih gebu untuk percubaan sekali lagi. Walau bagaimanapun rasa bahulu lapis agar-agar ini memang mengujakan. :)

Jom kita lihat resepinya...


BAHULU LAPIS AGAR-AGAR
Bahan-bahan
220gram gula pasir
60gm tepung gandum
6 biji telur - Gred A
1 sudu teh esen ros
Buah-buahan cincang secukupnya


Lapisan Agar-agar
500ml agar-agar air
5gm agar-agar serbuk
1 sudu makan gula pasir


Cara membuatnya

1. Pukul Gula pasir bersama telur sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum, sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.


2. Masukkan esen ros dan kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak, sejukkan.

3. Seterusnya masak agar-agar dengan air, pewarna dan masukkan gula. Kacau hingga mendidih dan matikan api.



4. Taburkan buah2 cincang di atas bahulu tadi dan apabila agar-agar telah suam, tuangkan di atas bahulu tadi. Sejukkan dan bolehlah di potong untuk di hidangkan.








0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)