Assalamualaikum,
Apa khabar agaknya petang ini? Di harap semuanya sihat sejahtera. Bagaimana cuaca di tempat anda hari ni? Di Pulau Langkawi cuaca panas terik dan kering sehari dua ini dan sesuai untuk aktiviti pantai. Ramai pelancong tempatan mula masuk untuk bercuti dan membeli belah barangan bebas cukai seperti pinggan mangkuk, coklat dan rokok.
Ini fenomena biasa tiap hujung minggu, dimana pulau bebas cukai dan Geopark ini sentiasa di banjiri oleh pelancong tempatan dan luar negara dan suasana bertambah sibuk menjelang cuti persekolah di Malaysia iaitu bermula dari 9hb Nov hingga penghujung Disember 2012.
Baiklah....berbalik kepada entry blog hari ni...saya ingin berkongsi resepi kek mudah iaitu kek pelangi. Resepi ini sesuai untuk yang baru belajar membuat kek.
Jom kita lihat resepinya...
KEK PELANGI
Bahan-bahan
280gm mentega
280 tepung naik sendiri
250gm gula kastor
50ml susu cair
5 biji telur
1/2 sudu teh esen ros
1/2 sudu teh oren emulco
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna merah, hijau dan coklat emulco.
Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di pukul lagi.
3. Kemudian curahkan susu dan pukul hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan merah, hijau, coklat dan bakinya di biarkan warna asal. Masukkan esen ros kedalam adunan berwarna merah, esen vanilla kedalam adunan hijau dan coklat dan oren emulco ke dalam adunan warna asal.
5. Sapukan mentega kedalam loyang.
6. Tuangkan sedikit demi sedikit berselang-seli warna ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 45minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)