Salam sejahtera....
Bercadang nak masak apa untuk dinner malam ini ya? Di Langkawi saat ini hujan lebat dan dingin sangat di luar sana. Saya jadi teringin untuk memasak sayur panas-panas dan di hidangkan dengan nasi untuk hidangan malam ni.
Sebenarnya menu mix vege sizzling ini sudah lama saya masak tetapi baru hari ini di masukkan kedalam blog. Sayur ini saya masak di dalam hotplate dan di hidangkan panas-panas ketika masih mendidih.
Jom kita lihat resepinya.... ;)
MIX VEGE SIZZLING
200gm brokoli
1 batang lobak merah - di potong nipis
6 cendawan shitake - di potong
150gm udang di kupas kulitnya
1 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu teh kicap ikan
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 sudu teh gula pasir
100ml air di campur dengan 1 kiub ayam maggi
1 sudu teh minyak bijan
minyak untuk menumis
1 sudu besar tepung jagung di campur dengan 1 sudu air
2 biji cili padi di ketuk
Cara membuatnya:-
1. Panaskan minyak di dalam hotplate dan tumiskan bawang putih. Boleh Juga di masak di dalam kuali biasa jika tak ada hotplate.
2. Masukkan udang, kacau hingga wangi dan kekuningan. Masukkan juga brokoli, lobak merah dan cendawan, kacau sebentar.
3. Tambahkan kicap ikan, garam, cili padi, serbuk lada sulah dan gula pasir, tuang air bercampur kiub ayam dalam masakan dan kacau lagi.
4. Masukkan minyak bijan, air tepung jagung dan kacau sebentar hingga mendidih. Tutup api dapur dan sajikan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)