THAI BANANA PANCAKE

Assalamualaikum & selamat pagi...:)

Sudah sarapan semuanya? Hari ini saya sarapan awal kerana harus segera ke pejabat. Banyak kerja menunggu ketika cuti sekolah begini. Maklum saja bekerja di bahagian frontliners dan customer service seperti saya ini memerlukan dedikasi yang tinggi dan harus korbankan banyak masa untuk kepuasan penumpang feri yang berurusan.

Baiklah berbalik kepada menu sarapan pagi ini, saya telah mencuba satu resepi yang mudah iaitu sejenis roti yang banyak di jual di pinggir jalan di negara jiran iaitu, Thailand. Adunan kulitnya saya lihat seakan-akan kulit roti canai, tetapi oleh kerana tiada bahan rujukan resepi kulit pancake ini, saya telah bancuh dan uli adunan seakan-akan roti canai. Hasilnya memang sedap dan ranggup. :)

Jom kita lihat resepinya....

THAI BANANA PANCAKE
1 cawan tepung gandum 
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh gula pasir 
3 sudu makan minyak masak/minyak jagung 
1/2 cawan air
beberapa biji pisang 
1 sudu teh susu pekat manis

Cara membuatnya:-

1. Dalam sebuah mangkuk masukkan tepung, susu pekat manis, gula dan baking soda. Gaul hingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. masukkan juga satu sudu makan minyak masak dan uli lagi. ketepikan doh kira-kira 2 jam. 


2. Selepas dua jam, keluarkan doh campurkan dengan satu sudu minyak masak dan uli sebentar serta bulat2 kan. Tebarkan sebentar seperti membuat roti canai. Kemudian leperkan dengan mengggunakan tangan atau penggelek.

3. Masukkan kedalam kuali (saya gunakan pemanggang ajaib :)) yang di panaskan dahulu dan potongkan pisang dan letak ditengah-tengahnya. Lipat bucu menjadi empat segi dan alih-alihkan doh hingga garing (kira-kira seminit) sambil di renjis minyak pada adunan.



4. Angkat adunan yang sudah masak dan potong kecil. Hidangkan dengan susu pekat, kacang tanah kisar atau coklat masakan (boleh di pelbagaikan).

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)