Assalamualaikum,

Biskut tat nenas merupakan sejenis juadah yang popular ketika lebaran. Biskut ini mempunyai rasa inti yang manis, di perbuat daripada nenas yang di parut dan di masak pekat menjadikannya jem. Untuk mengimbangi rasa manis dari jem tersebut, adunan doh kulit tat nenas di hasilkan tanpa memasukkan gula dan rasanya sedikit tawar. Ini menjadikan biskut yang satu ini istimewa dan di gemari ramai.

Ada berbagai versi resepi tat nenas dan kali ni saya ingin berkongsi resepi yang saya ambil dari teman maya FB, dan telah saya cuba membuatnya sendiri. Rasanya memang sedap dan menepati citarasa.

TAT NENAS
Sumber : Ibu Zai - FB
2 1/2  cawan tepung gandum
1 camb tepung jagung
2 1/2 camca besar tepung kastad
2 camca besar susu tepung
1 cawan planta
1 camca besar minyak sapi
1 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

1. Bulat-bulatkan jam nenas dalam saiz yang di kehendaki dan ketepikan. Jam nenas ini boleh di hasilkan sendiri atau beli yang siap di jual di supermarket atau kedai bakery.
2. Kacau planta dan minyak sapi dengan spatula dalam mangkuk besar, masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau lagi hingga mesra.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Kalau adunan lembut, tambah tepung gandum sedikit, agak-agak senang di terap.

4. Terap adunan di atas loyang, masukkan inti dan gulung. Sapu telur di atas permukaan biskut tersebut dan bakar selama 15-20minit dengan suhu 170'c (bergantung pada oven masing-masing).


Assalamualaikum... :)

Biskut samperit atau ada juga yang menyebutnya biskut dahlia, sesuai sepanjang zaman dan menjadi pilihan di hari lebaran walaupun banyak resepi-resepi biskut baru muncul. Ada berbagai versi juga biskut ini iaitu samperit biasa dan samperit susu, ada yang gunakan acuan leper..ada juga yang lebih suka gunakan acuan bunga. Walau apapun, keduanya juga enak dan cantik menghias balang kuih untuk di hidangkan kepada tetamu di hari lebaran.

SAMPERIT
Bahan-bahan
250gm buttercup
1cawan gula ising
1cawan tepung jagung
1cawan tepung kastad
2 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
sedikit esen vanilla

Cara membuat:

1. Masukkan butter dan gula ising dalam mangkuk, pukul hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga mesra.

3. Masukkan campuran tepung (gandum, jagung dan kastad) sedikit-sedikit dan gaul hingga menjadi doh.
4. Seterusnya masukkan kedalam acuan samperit dan tekan kedalam loyang. Hiaskan dengan ceri merah/hijau sebelum di bakar dalam ketuhar pada suhu 170'c selama 15 - 20minit (ikut kapasiti oven masing-masing).




Assalamualaikum,

Biskut yang di buat dari tepung ubi kentang ni di namakan German cookies. Bagi saya rasanya sedap dan cair di dalam mulut. Satu adunan resepi dapatlah lebih kurang 70biji biskut tapi bergantung juga kepada saiz yang kita hasilkan. Bahan-bahan yang di gunakan juga tak banyak dan tidak menggunakan sebarang acuan. Cuma bulat-bulatkan, tekan dengan garfu dan hiaskan mengikut citarasa kita sendiri.

Ada berbagai versi biskut German cookies di internet dan resepi yang saya cuba ni adalah dari teman maya saya di FB, yang pandai dan rajin benar memasak. Jom kita lihat resepinya... :)

GERMAN COOKIES
Sumber resepi : LinaKz Shaari (FB)

Bahan-bahan :
125 gm butter 
40gm gula icing*
1 sudu teh esen vanilla
125 gm tepung kentang*
80 gm tepung gandum*

Ayak bahan yg bertanda *

Cara membuat:

1. Pukul butter & gula icing menggunakan senduk kayu/spatula hingga sebati, bubuh esen vanilla.

2. Campur tepung gandum & tepung kentang. Gaul bagi rata hingga jadi doh. Doh ni lembik sikit, simpan sebentar dalam peti sejuk (dalam 1/2 jam)
3. Keluarkan doh bentukkan bulat-bulat dan tekan dengan garfu, hiaskan mengikut citarasa sendiri.

4. Bakar biskut dalam ketukar selama 15minit menggunakan suhu 170'c. (ikut oven masing-masing).  

*Sila gandakan adunan untuk mendapatkan biskut yang banyak.

Assalamualaikum,

Hari ini bercuti dan bersantai di rumah dapatlah mencuba resepi biskut raya yang simple tapi menjadi kegemaran anak-anak. Alhamdulillah, cadangnya nak buat sedikit-sedikit dahulu menjelang hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

Biskut mazola ini memang 'evergreen' dan sejak zaman saya masih kanak-kanak lagi menjadi biskut kegemaran kerana rasa campuran kacang dalam adunan yang memikat dan cair di dalam mulut.  

Terimakasih kepada tuan punya resepi, kak maizura iaitu admin di group masakan mai share reCipe (FB) kerana sudi berkongsi resepi biskut mazola yang sedap ini dan izinkan saya berkongsi resepinya sekali lagi di sini.

BISKUT MAZOLA
Sumber : kak Maizura - Mai-i-share

Bahan-Bahan
4 cawan kacang tanah -goreng tanpa minyak dan kisar 
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cwn gula halus
Minyak MAZOLA (jagung) secukupnya - untuk menguli

Hiasan: kuning telur- untuk di sapu pada biskut sebelum di bakar

Cara membuat:-

1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk (kecuali minyak). Gaul hingga rata.
2. Tuangkan minyak perlahan-lahan ke dalam adunan sambil menguli dan bolehlah di bentuk iaitu bulat-bulatkan.

3.  Sapu kuning telur di atas biskut dan bakar selama 15 - 20minit - 170'c (Ikut oven masing-masing)

4. Bila sudah masak sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam bekas kedap udara.
Assalamualaikum,

Dah 18 hari kita menjalani ibadah puasa, makan pun agak kurang berselera. Apalagi jika tiap hari menu nasi berlauk waktu berbuka dan bersahur. Hari ini saya masak kue Teow Ladna dan mencampurkan aneka 'seafood' sebagai lauknya, kecuali sotong kerana tidak ada bekalan sotong di pasar basah petang ini. Memang puas makan jika masak sendiri di rumah dan bolehlah di campur dengan sayur kesukaan kita sendiri di dalam kuahnya.

Jom kita lihat resepinya...

KUE TEOW LADNA
Bahan A
1 bungkus kue teow (600gm)
5 sudu besar kicap manis cap udang
1 sudu teh minyak masak

Bahan B
3 ulas bawang merah - di cincang 
2 ulas bawang putih - di cincang
1 sudu besar minyak masak
5 biji putik jagung - di hiris
6 biji kacang peas - saya tambah
1 tangkai cili merah - di hiris nipis
4 biji cili padi - di ketuk
sedikit bunga kobis 
1/2 batang lobak merah - di hiris 
1 biji telur 
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap sotong 
1 sudu besar kicap manis
1 kiub ayam 
3 cawan air 
1 sudu besar tepung jagung
50gm udang 
50gm ketam / sotong 
2 ketul fishcake - di hiris
8 ketul fish ball - di hiris
Cara membuat:

1. Masukkan kue teow ke dalam kuali, tuang kicap manis serta kacau goreng hingga masak, ketepikan. Saya  hanya memasukkan sedikit minyak kerana kueteow itu sendiri sudah berminyak seperti juga mee.
2. Untuk membuat kuahnya tuang minyak kedalam kuali, tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan kekuningan.

3. Masukkan fish ball dan fish cake kacau sebentar dan tuang air sebanyak 2 cawan kedalam kuali. Masukkan udang, ketam, sayuran dan kacau perlahan sehingga mendidih. Masukkan juga cili besar, cili padi dan kiub ayam kedalam kuahnya.

4. Seterusnya masukkan kicap manis, sos tiram, kicap sotong dan renihkan kuah sebentar.

5. Larutkan tepung jagung kedalam 1 cawan air lagi dan tuang kedalam kuah untuk memekatkannya. Akhir sekali pukul telur dan tuang di atasnya, kacau sebentar serta bolehlah di tutup api. 

CARA MENGHIDANG:
Masukkan kue teow yang di goreng tadi ke dalam pinggan dan tuang kuah di atasnya. Saya juga suka menikmatinya dengan hirisan cili padi yang di campur dengan kicap dan perahan limau nipis.

Assalamualaikum,

Sebut saja tentang popiah, memang menjadi kegemaran saya, tak kisahlah sama ada popiah basah, popiah simpul kasih yang kecil-kecil isi serunding tu ataupun popiah goreng bercili. 'Part' yang paling saya suka tentang popiah ialah keranggupannya ketika di kunyah, apalagi jika kulit popiah itu membalut sayuran dan isi udang segar. Ermm...makin cerita, makin terliur jadinya.

Baiklah kita langsung saja melihat resepi popiah goreng bercili yang resepinya saya ambil dari buku Chef Hanieliza. Izinkan saya berkongsi sekali lagi resepinya di sini.

POPIAH GORENG BERCILI
BAHAN A
Kulit popiah secukupnya
Minyak masak
1 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan air (di bancuh sebagai gam kulit popiah)

BAHAN B (INTI)
200gm udang (di hiris kecil)
1 batang lobak merah (di sagat atau potong halus)
1 mangkuk sengkuang (di sagat halus)
1/2 cawan daun kucai (di potong pendek)
1 labu bawang besar ( di racik)
1 ulas bawang putih (di potong dadu)
1 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
BAHAN C (UNTUK SOS)
2 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih - di tumbuk hancur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
bijan dan kacang goreng yang di tumbuk secukupnya

Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan semua Bahan B, kacau rata.
2. Apabila sayur lembut, tutup api dan tapis supaya kuahnya terasing.

3. Letakkan inti popiah di tengah kulit popiah dan gulungkan hingga hujung seperti gulungan kuih dadar.

4. Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi dan gorengkan dengan minyak yang banyak menggunakan api yang sederhana panas. Apabila kekuningan bolehlah di angkat dan tuskan minyak.
5. Tumiskan cili dan bahan-bahan lain (C). Masak hingga pekat dan naik minyak.

6. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan/kacang tanah. Kacau rata dan angkat. Sedia di hidangkan. 


Assalamualaikum,

Masakan kampung yang ringkas tetap menjadi pilihan ketika berbuka puasa sebagai pembuka selera. Hari ini saya ingin berkongsi resepi masak lemak cili padi ikan cencaru bakar. Pasti kebanyakkan orang tau memasak menu yang ringkas ini tapi saya ingin berkongsi sekali lagi di sini. Ikan cencaru tersebut saya bakar dalam pemanggang ajaib (magic pan) terlebih dahulu dan buang kulit kerasnya sebelum memasukkan ikan tersebut kedalam kuah lemak cili padi.

Jom kita lihat resepi yang mudah ni...

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN CENCARU BAKAR
BAHAN A
2 ekor ikan cencaru
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam gelugur
5 biji belimbing buluh
1 batang serai

BAHAN B
2 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam
Cara menyediakan:

1. Ikan cencaru di bakar, buang kulitnya dan di potong dua. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan B ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam periuk.
3. Masukkan santan cair, asam keping serta serai dan kacau sekali sekala di atas api sederhana agar tidak pecah minyak.

4. Bila kuah agak mendidih, masukkan santan pekat dan ikan. tambahkan garam secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak dan boleh di tutup apinya.

Assalamualaikum,

Nasi ayam merupakan hidangan kegemaran anak-anak saya. Selalunya jika pada hari biasa saya sediakan nasi ayam untuk makan tengahari, mereka boleh ulang makan sehingga makan malam. Cuma panaskan kembali ayam, nasi dan supnya sahaja. 

Ada petua untuk menghasilkan isi ayam yang lembut dan 'juicy' serta garing di luar iaitu ketika menggoreng ayam tersebut jangan terlalu lama. Cuma pastikan bahagian luar masak dan jangan risaukan bahagian isi ayam kerana kita telah merebusnya terlebih dahulu sebelum itu. Jadi dah elok masaknya. Sebelum menggoreng pula oleskan dengan sedikit madu dan setelah di angkat dari kuali, ketuk sedikit sebelum di hidangkan. Ini petua saya ambil dari blog tuan punya resepi nasi ayam istimewa. Izinkan saya berkongsi resepi sekali lagi di sini.
NASI AYAM ISTIMEWA
Sumber: Azie Kitchen
Di olah semula : fizalgk.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

UNTUK REBUS
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
UNTUK PERAP
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu agak garing sedikit di luar, barulah ayam lembut.  
UNTUK NASI
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

UNTUK SOS
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

UNTUK KICAP 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

UNTUK SUP
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup/sup bunjut
Garam
Daun sup yang dihiris.
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup/sup bunjut, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Assalamualaikum,

Resepi ini bagi saya sangat sedap kerana rasa kacang hijaunya yang lemak-lemak amat sesuai bila di gandingkan dengan kelapa muda yang di parut dan gaulkan dengan secubit garam. Sebenarnya kuih kasui kacang hijau ini saya hasilkan untuk IFTAR hari ke 13, iaitu semalam.

Berbaloi mencuba resepi ini kerana rasanya memang menepati citarasa. Saya ambil resepi ini dalam Majalah Saji keluaran April 2012, tetapi arahan resepinya sedikit mengelirukan kerana gula putih harus di cairkan terlebih dahulu tapi tidak di nyatakan jumlah air yang di gunakan untuk tujuan tersebut. Jadi saya cuba mengolah resepi ini dengan mencampurkan semuanya tanpa cairkan gula tersebut dan alhamdulillah menjadi dan cantik sekali.

Cuma ketika mengacau adunan, api hendaklah di kecilkan dan kacau tanpa henti (seperti mengacau adunan kuih talam yang lain). Ini untuk mengelakkan dari adunan berketul-ketul dan tidak cantik.
KASWI KACANG HIJAU
200gm tepung kacang hijau 
400gm gula halus
150gm tepung ubi
50gm tepung beras
500ml santan
400ml air
1/2 sudu kecil kapur makan
1 sudu kecil garam
BAHAN B
1 sudu kecil pewarna hijau 
1/2 sudu kecil pewarna kuning

BAHAN C
kelapa parut (kukus sebentar supaya tidak cepat basi)

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, kacau rata kemudian tapiskan.

2. Masak adunan di atas api dan kacau sentiasa hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curah rata ke dalam loyang dan kukus selama 35minit. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian potong dan gaulkan dengan kelapa parut dan bolehlah di hidangkan.  



Assalamualaikum,

Salah satu dari kuih yang menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi adalah karipap. Hari ini saya buatkan karipap inti keledek dalam kuantiti yang banyak di mana separuh darinya untuk berbuka puasa dan bakinya saya frozenkan. Jadi mudah jika tak sempat untuk beli atau sediakan juadah berbuka, tinggal gorengkan sahaja karipap yang di frozenkan itu. Lagi pun anak-anak suka dan tak jemu-jemu dengan kuih yang satu ini.

Saya ingin berkongsi resepi karipap yang mudah di sediakan. Kulitnya ranggup dan intinya juga sedap serta menepati citarasa. Terimakasih kepada Hana sudi kongsikan resepi ni.Jom kita lihat...

KARIPAP INTI KELEDEK
Sumber : Hanamemories.blogspot

BAHAN-BAHAN
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
INTI
Bahan Inti Keledek
4 biji keledek besar - potong dadu
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*segenggam ikan bilis
*1-2 sudu besar udang kering
*1 tangkai cili merah/cili kering - jika ingin pedas lebihkan
2 sudu makan serbuk kari 
hirisan daun sup
garam dan gula
air secukupnya
Jika suka boleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging

UNTUK INTI : Blend bahan yang bertanda *. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga empuk dan air kering. Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.
UNTUK CANAI & KELIM : Ambil sedikit doh dan canai nipis. Jangan terlalu tebal nanti kulit karipap liat dan jangan pula terlalu nipis nanti kulit koyak.Masukkan inti dan kelim seperti biasa. Buat sehingga habis.
Panaskan minyak.Goreng hingga keemasan. Hidangkan.
Jika ingin membuat karipap frozen, susun karipap yang sudah dikelim di atas dulang. Masukkan ke dalam peti beku lebih kurang 20-30minit sehingga separa beku/keras. kemudian keluarkan dan masukkan terus ke dalam plastik ziplock/bekas. Tak perlu pelapik, karipap tak akan melekat antara satu sama lain sebab karipap dah keras/beku. Goreng terus pada bila-bila masa tanpa defrost.

Assalamualaikum,

Menu berbuka saya sekeluarga semalam adalah laksa utara. Oleh kerana kurang sihat, hari ini baru sempat update blog. Laksa ini memang menjadi kegemaran sekeluarga, terutamanya anak bongsu saya yang berusia 6tahun. Ada berbagai versi laksa utara, tapi yang paling sedap bagi saya adalah resepi ini kerana dimasukkan udang kecil (kulit lembut), iaitu dengan mengisarnya dan campur sekali ke dalam kuah. Resepi ini saya ambil dari teman di group masakan GTPM (FB).

Jom langsung kita lihat resepinya...

LAKSA UTARA 
Sumber : Kak Narimah Ahmad (FB)
Di Olah semula : fizalgk.blogspot.com

Bahan-bahan:
LAKSA
1 paket laksa direndam, bersihkan dan rebus, kemudian toskan
IKAN
1. Rebus 600 gm ikan kembung dan asingkan isi dari tulang, Isi di kisar. (saya guna ikan kebasi @ ikan selangat)
2. Tulang ikan diblend dan tapis ambil air pati ikan.

KUAH
1. Kisar 20 biji cili kering, 5 biji bawang besar, 1 inci lengkuas, 2 batang serai (saya tambah) dan 2 inci belacan masukan ke dalam periuk. Masak bersama isi ikan dan air pati ikan yg di kisar, 1 ikat daun kesom, 8 keping asam keping (biji dibuang supaya kuah nya tidak terasa payau) dan 2-3 bunga kantan dan air rebusan ikan.

2. Untuk menyedapkan kuah, ambil segenggam udang kecil yg nipis kulitnya, kisar dan masukan ke dalam kuah tadi.

3. Apabila kuah laksa sudah mendidih masukan garam secukup rasa dan 2 sudu kecil gula. Laksa boleh dihidang bersama hirisan bawang besar, timun, daun salad/pudina, hirisan bunga kantan, cili padi, cili merah dan limau nipis.