Assalamualaikum,
Masakan kampung yang ringkas tetap menjadi pilihan ketika berbuka puasa sebagai pembuka selera. Hari ini saya ingin berkongsi resepi masak lemak cili padi ikan cencaru bakar. Pasti kebanyakkan orang tau memasak menu yang ringkas ini tapi saya ingin berkongsi sekali lagi di sini. Ikan cencaru tersebut saya bakar dalam pemanggang ajaib (magic pan) terlebih dahulu dan buang kulit kerasnya sebelum memasukkan ikan tersebut kedalam kuah lemak cili padi.
Jom kita lihat resepi yang mudah ni...
MASAK LEMAK CILI PADI IKAN CENCARU BAKAR
BAHAN A
2 ekor ikan cencaru
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam gelugur
5 biji belimbing buluh
1 batang serai
BAHAN B
2 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam
1. Ikan cencaru di bakar, buang kulitnya dan di potong dua. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan B ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam periuk.
3. Masukkan santan cair, asam keping serta serai dan kacau sekali sekala di atas api sederhana agar tidak pecah minyak.
4. Bila kuah agak mendidih, masukkan santan pekat dan ikan. tambahkan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak dan boleh di tutup apinya.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)