TAUGE GORENG

Assalamualaikum, 

Apa khabar malam ini? Sudah makan malam? Saya cuma sempat masak yang ringkas-ringkas sahaja, dan kebetulan ada mood untuk update blog malam ini, saya ingin kongsikan dengan pembaca resepi sayur tauge goreng yang sangat mudah di sediakan. Selalu tu kalau masak sayur tauge resepi pilihan saya adalah tauge masak lemak atau masak tumis bersama dengan udang. Sesekali bertukar cara penyediaan dengan menggoreng menggunakan pes cili dan di campur dengan tauhu pun sedap juga. Yang penting cepat di sediakan, tambahan ketika mengejar waktu dan perut minta di isi.

Jom lihat resepi yang mudah ni...

TAUGE GORENG
Sumber : Chef Hanieliza

BAHAN A
300gm taugeh kasar (saya guna taugeh biasa)
50gm kucai (Saya tak letak)
100gm udang segar (di buang kulit)
2 keping tauhu (di potong dadu kecil)
3 sudu makan minyak masak
20gm jejari ketam (saya tambah)
garam secukup rasa

BAHAN B
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga masak.

2. Tumiskan bahan yang di tumbuk dan udang hingga wangi.

3. Masukkan tauge, jejari ketam, kucai dan garam. Kemudian kacau rata, biarkan tauge masak.

4. Sedia untuk di hidangkan.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)