TAT NENAS

Assalamualaikum,

Biskut tat nenas merupakan sejenis juadah yang popular ketika lebaran. Biskut ini mempunyai rasa inti yang manis, di perbuat daripada nenas yang di parut dan di masak pekat menjadikannya jem. Untuk mengimbangi rasa manis dari jem tersebut, adunan doh kulit tat nenas di hasilkan tanpa memasukkan gula dan rasanya sedikit tawar. Ini menjadikan biskut yang satu ini istimewa dan di gemari ramai.

Ada berbagai versi resepi tat nenas dan kali ni saya ingin berkongsi resepi yang saya ambil dari teman maya FB, dan telah saya cuba membuatnya sendiri. Rasanya memang sedap dan menepati citarasa.

TAT NENAS
Sumber : Ibu Zai - FB
2 1/2  cawan tepung gandum
1 camb tepung jagung
2 1/2 camca besar tepung kastad
2 camca besar susu tepung
1 cawan planta
1 camca besar minyak sapi
1 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

1. Bulat-bulatkan jam nenas dalam saiz yang di kehendaki dan ketepikan. Jam nenas ini boleh di hasilkan sendiri atau beli yang siap di jual di supermarket atau kedai bakery.
2. Kacau planta dan minyak sapi dengan spatula dalam mangkuk besar, masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau lagi hingga mesra.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Kalau adunan lembut, tambah tepung gandum sedikit, agak-agak senang di terap.

4. Terap adunan di atas loyang, masukkan inti dan gulung. Sapu telur di atas permukaan biskut tersebut dan bakar selama 15-20minit dengan suhu 170'c (bergantung pada oven masing-masing).


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)