Assalamualaikum,
Salah satu dari kuih yang menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi adalah karipap. Hari ini saya buatkan karipap inti keledek dalam kuantiti yang banyak di mana separuh darinya untuk berbuka puasa dan bakinya saya frozenkan. Jadi mudah jika tak sempat untuk beli atau sediakan juadah berbuka, tinggal gorengkan sahaja karipap yang di frozenkan itu. Lagi pun anak-anak suka dan tak jemu-jemu dengan kuih yang satu ini.
Saya ingin berkongsi resepi karipap yang mudah di sediakan. Kulitnya ranggup dan intinya juga sedap serta menepati citarasa. Terimakasih kepada Hana sudi kongsikan resepi ni.Jom kita lihat...
KARIPAP INTI KELEDEK
Sumber : Hanamemories.blogspot
BAHAN-BAHAN
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air
UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
INTI
Bahan Inti Keledek
4 biji keledek besar - potong dadu
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*segenggam ikan bilis
*1-2 sudu besar udang kering
*1 tangkai cili merah/cili kering - jika ingin pedas lebihkan
2 sudu makan serbuk kari
hirisan daun sup
garam dan gula
air secukupnya
Jika suka boleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging
UNTUK INTI : Blend bahan yang bertanda *. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga empuk dan air kering. Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.
UNTUK CANAI & KELIM : Ambil sedikit doh dan canai nipis. Jangan terlalu tebal nanti kulit karipap liat dan jangan pula terlalu nipis nanti kulit koyak.Masukkan inti dan kelim seperti biasa. Buat sehingga habis.
Panaskan minyak.Goreng hingga keemasan. Hidangkan.
Jika ingin membuat karipap frozen, susun karipap yang sudah dikelim di atas dulang. Masukkan ke dalam peti beku lebih kurang 20-30minit sehingga separa beku/keras. kemudian keluarkan dan masukkan terus ke dalam plastik ziplock/bekas. Tak perlu pelapik, karipap tak akan melekat antara satu sama lain sebab karipap dah keras/beku. Goreng terus pada bila-bila masa tanpa defrost.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)