URAP IKAN TONGKOL DAN ULAMAN

Assalamualaikum,

Seperti juga kerabu, urap adalah sejenis hidangan yang di gemari sebagai sebagai pembuka selera terutamanya pada bulan ramadhan. Hari ini saya ingin berkongsi resepi urap ikan tongkol dan ulaman yang saya buat sebagai hidangan berbuka hari ini.

Proses membuatnya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jom langsung saja kita semak resepinya...

URAP IKAN TONGKOL DAN ULAMAN
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol - saiz kecil atau sedang
1 biji timun - di buang bijinya dan potong kiub
100gm kelapa parut
4 biji kacang botol/kelisa - di hiris halus
segenggam taugeh  - di celur dengan air panas
4 tangkai kacang panjang - di hiris halus
1 sudu teh air limau nipis

BAHAN YANG DI TUMBUK
4 ulas bawang merah 
5 tangkai cili merah 
3 biji cili padi
1 inci belacan  - di bakar terlebih dahulu
Cara menyediakannya

1. Lumur ikan dengan 1/2 sudu teh air limau nipis dan 1/2 sudu teh garam. Kukus hingga masak dan carik-carikkan isinya.Ketepikan dahulu.

2. Lumur timun dengan 1/2 sudu teh garam sampai layu, sejatkan airnya.

3. Tumbuk kelapa dengan bahan yang di haluskan tadi dan masukkan air limau nipis, garam serta gula secukup rasa. Gaul rata. Untuk mengelakkan dari cepat basi, boleh juga panaskan sebentar sambal kelapa di dalam kuali tanpa minyak.

4. Akhir sekali gaul ikan tongkol, ulaman dan sambal kelapa serta hidangkan dengan nasi panas.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)