LAKSA UTARA

Assalamualaikum,

Menu berbuka saya sekeluarga semalam adalah laksa utara. Oleh kerana kurang sihat, hari ini baru sempat update blog. Laksa ini memang menjadi kegemaran sekeluarga, terutamanya anak bongsu saya yang berusia 6tahun. Ada berbagai versi laksa utara, tapi yang paling sedap bagi saya adalah resepi ini kerana dimasukkan udang kecil (kulit lembut), iaitu dengan mengisarnya dan campur sekali ke dalam kuah. Resepi ini saya ambil dari teman di group masakan GTPM (FB).

Jom langsung kita lihat resepinya...

LAKSA UTARA 
Sumber : Kak Narimah Ahmad (FB)
Di Olah semula : fizalgk.blogspot.com

Bahan-bahan:
LAKSA
1 paket laksa direndam, bersihkan dan rebus, kemudian toskan
IKAN
1. Rebus 600 gm ikan kembung dan asingkan isi dari tulang, Isi di kisar. (saya guna ikan kebasi @ ikan selangat)
2. Tulang ikan diblend dan tapis ambil air pati ikan.

KUAH
1. Kisar 20 biji cili kering, 5 biji bawang besar, 1 inci lengkuas, 2 batang serai (saya tambah) dan 2 inci belacan masukan ke dalam periuk. Masak bersama isi ikan dan air pati ikan yg di kisar, 1 ikat daun kesom, 8 keping asam keping (biji dibuang supaya kuah nya tidak terasa payau) dan 2-3 bunga kantan dan air rebusan ikan.

2. Untuk menyedapkan kuah, ambil segenggam udang kecil yg nipis kulitnya, kisar dan masukan ke dalam kuah tadi.

3. Apabila kuah laksa sudah mendidih masukan garam secukup rasa dan 2 sudu kecil gula. Laksa boleh dihidang bersama hirisan bawang besar, timun, daun salad/pudina, hirisan bunga kantan, cili padi, cili merah dan limau nipis.
 


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)