NASI AYAM ISTIMEWA

Assalamualaikum,

Nasi ayam merupakan hidangan kegemaran anak-anak saya. Selalunya jika pada hari biasa saya sediakan nasi ayam untuk makan tengahari, mereka boleh ulang makan sehingga makan malam. Cuma panaskan kembali ayam, nasi dan supnya sahaja. 

Ada petua untuk menghasilkan isi ayam yang lembut dan 'juicy' serta garing di luar iaitu ketika menggoreng ayam tersebut jangan terlalu lama. Cuma pastikan bahagian luar masak dan jangan risaukan bahagian isi ayam kerana kita telah merebusnya terlebih dahulu sebelum itu. Jadi dah elok masaknya. Sebelum menggoreng pula oleskan dengan sedikit madu dan setelah di angkat dari kuali, ketuk sedikit sebelum di hidangkan. Ini petua saya ambil dari blog tuan punya resepi nasi ayam istimewa. Izinkan saya berkongsi resepi sekali lagi di sini.
NASI AYAM ISTIMEWA
Sumber: Azie Kitchen
Di olah semula : fizalgk.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

UNTUK REBUS
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
UNTUK PERAP
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu agak garing sedikit di luar, barulah ayam lembut.  
UNTUK NASI
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

UNTUK SOS
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

UNTUK KICAP 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

UNTUK SUP
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup/sup bunjut
Garam
Daun sup yang dihiris.
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup/sup bunjut, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)