BUBUR MUTIARA KELADI & NANGKA

Assalamualaikum, 

Pembuka selera setelah seharian berpuasa hari ini ialah Bubur mutiara keladi & nangka. Sungguh nyaman dan menyelerakan apalagi saya masukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu dan menghidangkannya sejuk-sejuk ketika berbuka.

Saya sertakan resepinya di sini bagi yang ingin mencubanya...

BUBUR MUTIARA KELADI & NANGKA
Adaptasi dari blog : Just Try & Taste (resepi asal : Bubur Mutiara & Talas)

Bahan-bahan
200gm ubi keladi di potong kiub
4 ulas isi nangka (saya tambah)
200gm sagu kasar 
200 ml santan pekat 
1 1/2 liter air
150 gram gula pasir 
50 gram gula melaka
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Cara membuat:

1. Masak 2 liter air di dalam periuk hingga mendidih. Masukkan sagu dan rebus hingga sagu berubah menjadi jernih (Tidak ada titik putih di tengahnya). Setelah masak tapis sagu, siram dengan air sejuk dan ketepikan.

2. Di dalam periuk lain :  Tuang 1 1/2 liter air dalam periuk dan masukkan bersama 2 helai daun pandan. Masak hingga mendidih dan masukkan ubi keladi yang telah di potong. Rebus hingga ubi lembut, buang daun pandan.

3.Masukkan sagu, gula, garam dan santan. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau sentiasa agar santan tidak pecah dan masukkan isi nangka. Matikan api, angkat dan sajikan. 


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)