ROTI PANDAN KUKUS

Assalamualaikum :)

Hari ini saya ingin berkongsi resepi roti pandan kukus yang saya buat malam tadi dan simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Sebaik sahaja pulang dari kerja cuma potong dan hidangkan untuk berbuka puasa.

Saya tidak menambah sebarang pewarna atau esen tambahan, hanya menggunakan 7 helai daun pandan yang di kisar dengan 1 cawan air. Aroma pandan sungguh harum ketika proses mengukus roti ini dan begitu membuka selera. Selalunya bulan puasa begini daun pandan memang laris dan di cari oleh surirumah serta peniaga kerana permintaan yang tinggi untuk membuat kuih tradional iaitu sebagai esen semulajadi. Walau bagaimana pun bagi yang sukar mendapatkan bekalan daun pandan, boleh juga menggunakan esen pandan dan pewarna hijau sebagai gantinya.

Bagi yang ingin mencuba, saya kongsikan resepinya di sini.
ROTI PANDAN KUKUS
Sumber : kak fida@myresepi.com
Di olah semula : fizalgk.blogspot

Bahan-bahan (loyang 8 x 4 inci)
10 keping roti putih
1/2 cawan gula pasir*
3 biji telur*
200ml santan pekat di campur air menjadi 2 cawan santan*
7 helai daun pandan di kisar bersama 1 cawan air* - di tapis, atau 2 sudu kecil pes pandan di campur 1 cawan air
Sedikit buah kering campuran (saya tambah)
Cara-cara

1. Loyang di sapu majerin sekeliling. Satukan bahan-bahan bertanda* di dalam mangkuk. Kacau sebati.

2. Celupkan roti sekeping-sekeping dan susun di dalam loyang yang telah di sediakan hingga roti habis. 

3. Tuang lebihan campuran santan di atas roti hingga rata. Perapkan seketika sementara memanaskan kukusan. Tabur buah campuran ke atas roti sebelum di kukus.
INI GAMBAR SEBELUM DI KUKUS

4. kukus selama 1/2 jam atau sehingga kelihatan permukaan puding kering.

5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang, potong dan bolehlah di hidangkan.