Assalamualaikum,
Sambal tumis udang memang enak., apalagi jika di rampai dengan petai. Namun begitu tiap orang berbeza pula resepi sambalnya. Kali ini saya mencuba resepi sambal petai di mana resepi asalnya di ambil dari buku Chef Hanieliza. Memang resepi-resepi dari Kak Liza kebanyakkannya mudah dan sedap-sedap belaka. Alhamdulillah, dah banyak resepinya saya cuba masak dan uji sendiri.
Izinkan saya berkongsi resepinya sekali lagi di sini resepi sambal yang mudah ini...
SAMBAL UDANG DAN PETAI
Sumber : Chef Hanieliza
Di olah semula : fizalgk.blogspot.com
BAHAN A
500gm udang
30biji petai
1/2 cawan jus asam jawa
3 tangkai serai ( di ketuk)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 labu bawang besar
BAHAN B
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar dan serai hingga pecah minyak.
2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masak hingga pekat dengan api yang kecil.
4. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)