Assalamualaikum,
Tak terasa masa berlalu, hari ni dah tujuh hari umat islam menjalani ibadah puasa. Kaum ibu lah yang paling sibuk menyiapkan juadah berbuka, bersahur dan seminggu lagi pasti berkira-kira untuk membuat biskut raya pula.
Masak apa agaknya untuk berbuka nanti ya? Bagi ibu bekerja seperti saya ini selalunya lauk yang di sediakan ala kadar sahaja kerana mengejar waktu, atau lebih tepatnya menuju ke bazar ramadhan terlebih dahulu jika tidak sempat sampai awal di rumah. Walau bagaimana pun seperti juga ibu-ibu lain, saya lebih puas hati menyediakan masakan sendiri kerana selain dari terjamin kebersihan, rasanya juga menepati selera. Maklum saja kadang-kadang masakan yang di jual di Bazar Ramadhan ada yang sudah mulai basi kerana terlalu awal di sediakan dan ada juga di panaskan kembali oleh sesetengah peniaga dan rasanya pasti berubah.
Hari ini saya sempat ke pasar basah sebaik pulang dari kerja dan bila melihat udang segar yang di jual, jadi teringin untuk masak menu masak lemak udang dan nenas. Jom kita lihat resepinya...
MASAK LEMAK UDANG DAN NENAS
Sumber : CMG - Tiffin Biru
Olahan : Fizalgk.blogspot
BAHAN-BAHANNYA
5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah)
1 biji nenas saiz kecil
3 batang serai - di ketuk
4 tangkai kacang panjang (saya tambah)
2 helai daun kunyit - disiat (saya tak letak daun kunyit sebab tak ada)
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
2 biji cili merah
20 biji cili padi (saya kurangkan ke 10biji sebab anak-anak tak tahan pedas)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 keping hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA
1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki-kakinya. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar dan ketepikan.
2. Masukkan udang, serai yang di ketuk, asam gelugur dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.
3. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Jika sudah secukup rasa boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.
sangat menggugah selera makan
BalasPadam