Assalamualaikum,
Cendol memang enak di buat puding dan selalunya resepi puding cendol dilapiskan dengan gula merah menjadi dua layer. Mulanya rencana memang nak buat begitu, tapi kerana bahan-bahan yang ada tidak mencukupi dan nak cepat, saya leburkan sekali gula merah, santan, cendol dan tambahkan dengan telur. Setelah siap cantik juga coraknya dan segar sekali buat berbuka puasa setelah di sejukkan terlebih dahulu dalam peti ais.
Jom kita lihat resepi...
PUDING CENDOL
Bahan-bahan
10gm agar-agar serbuk
5 cawan air (1 liter)
2 cawan cendol
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula merah (cairkan dengan 1/4 cawan air dan tapis)
1 cawan gula pasir
2 biji telur - Gred A
1 penutup essen vanilla.
Cara membuatnya:-
1. Masak agar-agar serbuk dengan air dan gula pasir hingga larut.
2. Dalam bekas lain satukan santan, telur, esen vanilla dan gula merah. Pukul hingga sebati dan tuang kedalam agar-agar yang di masak tadi. Perlahankan api dan renih hingga mendidih.
3. Masukkan pula cendol dan kacau sebentar hingga mendidih dan masak.
4. Tuang ke dalam acuan yang di sukai dan bolehlah di potong dan hidangkan setelah sejuk.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam