BINGKA CEMPEDAK

Assalamualaikum, 

Sekarang ni sedang rancak musim durian, rambutan, manggis dan cempedak. Di mana-mana juga orang berjualan buah tempatan ini dan alhamdulillah mungkin rezeki di bulan puasa, semalam saya di kunjungi oleh sahabat baik sejak di zaman persekolahan dahulu iaitu Puan Salimi yang membawa buah tangan berupa buah cempedak yang masak ranum ketika saya masih di tempat kerja. 

Terharu benar atas ingatan sahabat baik saya tu. Buahnya agak besar, jadi saya gorengkan separuh dari isinya untuk berbuka semalam dan bakinya saya buat bingka cempedak untuk menu berbuka hari ini. Proses membuatnya tidak lama dan agak mudah...rasanya pula, ermmm...lazat dan harum sekali. Tambahan pula bingka yang saya hasilkan sengaja di biarkan agak berkerak.

Jomlah kita lihat cara membuatnya... :)

BINGKA / BENGKANG CEMPEDAK
Sumber : Kak Fida - Myresepi
Di olah semua : fizalgk.blogspot

BAHAN-BAHAN
300 gm isi cempedak
650 ml santan
2 biji telur - saya guna gred A
240 gm tepung gandum
120 gm gula
1 sudu teh garam
70 ml minyak jagung atau boleh gunakan 70 gram marjerin atau butter dan cairkan.
pewarna kuning /oren (saya tak letak)

CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan gula ,tepung dan garam dalam satu mangkuk besar,gaul rata.
2. Blender telur,santan dan isi cempedak (jangan lupa keluarkan bijinya terlebih dahulu).

3. Tuangkan adunan yang di blender tadi kedalam tepung dan gaul rata. Masukan marjerin cair atau minyak tadi. Boleh tambah sedikit pewarna jika suka dan masukkan ke dalam loyang. (Saya taburkan sedikit bijan di atasnya).

4. Panaskan oven 170'c dan bakar selama 50minit - 1 jam. Bila sejuk bolehlah di potong dan hidangkan.



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)