BISKUT MAZOLA

Assalamualaikum,

Hari ini bercuti dan bersantai di rumah dapatlah mencuba resepi biskut raya yang simple tapi menjadi kegemaran anak-anak. Alhamdulillah, cadangnya nak buat sedikit-sedikit dahulu menjelang hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

Biskut mazola ini memang 'evergreen' dan sejak zaman saya masih kanak-kanak lagi menjadi biskut kegemaran kerana rasa campuran kacang dalam adunan yang memikat dan cair di dalam mulut.  

Terimakasih kepada tuan punya resepi, kak maizura iaitu admin di group masakan mai share reCipe (FB) kerana sudi berkongsi resepi biskut mazola yang sedap ini dan izinkan saya berkongsi resepinya sekali lagi di sini.

BISKUT MAZOLA
Sumber : kak Maizura - Mai-i-share

Bahan-Bahan
4 cawan kacang tanah -goreng tanpa minyak dan kisar 
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cwn gula halus
Minyak MAZOLA (jagung) secukupnya - untuk menguli

Hiasan: kuning telur- untuk di sapu pada biskut sebelum di bakar

Cara membuat:-

1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk (kecuali minyak). Gaul hingga rata.
2. Tuangkan minyak perlahan-lahan ke dalam adunan sambil menguli dan bolehlah di bentuk iaitu bulat-bulatkan.

3.  Sapu kuning telur di atas biskut dan bakar selama 15 - 20minit - 170'c (Ikut oven masing-masing)

4. Bila sudah masak sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam bekas kedap udara.