Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari pertama ramadhan di lalui dengan penuh syukur. Sepanjang sebulan ini, saya cuma akan memasukkan resepi pada waktu malam untuk menghormati bulan yang mulia. Resepi biasa-biasa saja yang saya buatkan sekadar yang mampu untuk anak-anak dan keluarga tercinta, dengan keterbatasan masa kerja.
Puding yang pertama pada bulan ramadhan ini adalah Puding roti karamel yang menjadi kegemaran anak sulung saya. Ada berbagai versi resepi puding roti karamel yang pernah saya cuba sebelum ini, dan kali ini saya kongsikan resepi dari Maizura Zura atau kak Mai iaitu teman maya di FB.
Sangat mudah dan cepat menyediakan puding roti ini dan sedap pula rasanya. Tidak terlalu manis dan kena dengan selera saya. Jom kita lihat resepinya :)
PUDING ROTI KARAMEL
Sumber : kak Mai Zura
Bahan-bahan
4 keping roti
2 cawan air suam
3/4 atau 1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur - Gred A
3 sudu besar gula pasir
Cara membuatnya:
1. Masukkan gula pasir ke dalam loyang dan masakkan di atas api yang perlahan hingga hingga gula menjadi perang. Angkat dan biarkan sejuk.
2. Kocakkan telur dengan garfu ketepikan.
3. Carik-carikkan roti dan rendamkan ke dalam air suam. Blender sampai halus, seterusnya masukkan susu pekat dan esen vanilla. Blender lagi.
4. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. Tuangkan adunan keatas karamel tadi dan kukus selama 40minit atau hingga masak. (Api biar kuat sedikit).
5. Sejukkan kedalam peti ais dan terbalikkan kedalam pinggan leper sebelum menghidang.
Salam sis fiza...simple n sedapp!
BalasPadam