KASWI KACANG HIJAU

Assalamualaikum,

Resepi ini bagi saya sangat sedap kerana rasa kacang hijaunya yang lemak-lemak amat sesuai bila di gandingkan dengan kelapa muda yang di parut dan gaulkan dengan secubit garam. Sebenarnya kuih kasui kacang hijau ini saya hasilkan untuk IFTAR hari ke 13, iaitu semalam.

Berbaloi mencuba resepi ini kerana rasanya memang menepati citarasa. Saya ambil resepi ini dalam Majalah Saji keluaran April 2012, tetapi arahan resepinya sedikit mengelirukan kerana gula putih harus di cairkan terlebih dahulu tapi tidak di nyatakan jumlah air yang di gunakan untuk tujuan tersebut. Jadi saya cuba mengolah resepi ini dengan mencampurkan semuanya tanpa cairkan gula tersebut dan alhamdulillah menjadi dan cantik sekali.

Cuma ketika mengacau adunan, api hendaklah di kecilkan dan kacau tanpa henti (seperti mengacau adunan kuih talam yang lain). Ini untuk mengelakkan dari adunan berketul-ketul dan tidak cantik.
KASWI KACANG HIJAU
200gm tepung kacang hijau 
400gm gula halus
150gm tepung ubi
50gm tepung beras
500ml santan
400ml air
1/2 sudu kecil kapur makan
1 sudu kecil garam
BAHAN B
1 sudu kecil pewarna hijau 
1/2 sudu kecil pewarna kuning

BAHAN C
kelapa parut (kukus sebentar supaya tidak cepat basi)

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, kacau rata kemudian tapiskan.

2. Masak adunan di atas api dan kacau sentiasa hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curah rata ke dalam loyang dan kukus selama 35minit. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian potong dan gaulkan dengan kelapa parut dan bolehlah di hidangkan.  



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)