Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya tiap kali di update, walaupun resepi yang saya kongsikan selalunya ringkas dan mudah di sediakan.
Pagi ini saya ingin berkongsi sandwich yang bagi saya sungguh menambat selera. Saya buat sandwich ini sempena minggu cook along bertemakan mayonaise dengan teman-teman maya dari group masakan (CAT) di facebook. Seperti biasa, resepinya mudah untuk di sediakan dan tidak mengambil masa yang lama. dan yang penting sekali, rasanya sedap.
Jom kita lihat resepi sandwich udang mayonaise❤❤❤
SANDWICH UDANG MAYONAISE
Bahan-bahan
250gm udang – di kupas kulitnya
150gm tepung jagung
1 biji telur – di ambil putihnya sahaja
1 sudu teh serbuk pati ayam
½ sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng.
SOS MAYONAISE
150gm mayonaise
5 sudu makan susu pekat manis
2 sudu teh jus limau nipis/ limau kasturi
Beberapa biji roti burger, atau boleh juga di gunakan roti putih
Cara Membuat:
1. Cuci bersih udang, perapkan dengan lada sulah dan serbuk pati ayam selama 10 minit .
2. Celupkan udang kedalam putih telur, lalu golek kan kedalam tepung jagung satu persatu hingga udang habis.
3. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak dan bewarna kuning kecoklatan, angkat dan ketepikan.
4. Campur mayonaise, susu pekat manis, jus limau nipis dan kacau rata. Masukkan juga udang tadi kedalam sos mayonaise.
6. Dah siap...anda pasti jatuh cinta dengan rasanya pada gigitan pertama lagi, cubalah buat ya.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)