Assalamualaikum,
Baru tiga hari tak update blog rasanya dah terlalu lama menyepi. Tiga hari ni memang terlalu sibuk, walaupun sedang bercuti. Selain dari sibuk shopping dan membuat persiapan anak-anak yang akan kembali ke sekolah awal Januari ini, Haikal..iaitu anak kedua juga tidak sihat dan terpaksa di rujuk semula ke doktor pakar telinga di Putra Medical Centre Alor Setar, kerana mengalami infeksi di telinganya selepas menjalani pembedahan sebelum ini, dan Alhamdulillah setelah di rawat dia sudah beransur sembuh.
Dalam tempoh sibuk ni, rindu sangat nak ber blog dan berkongsi dengan teman-teman maya, resepi-resepi untuk di hidangkan kepada keluarga tercinta. Hari ini baru ada sedikit kesempatan dan sebenarnya donut muffin ini saya hasilkan untuk sarapan pagi tadi dan rasanya, sangat sedap. Apalagi saya masukkan yogurt perasa strawberry dalam adunan nya dan bila di gigit terasa pula inti dari jem strawberry. Anak-anak amat menyukainya. Jom lah kita lihat resepinya dan jangan lupa mencuba, ya :)
DONUT MUFFIN INTI STRAWBERRY
Bahan-bahan
2/3 cawan gula kastor
1 1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml yogurt perisa strawberry (boleh juga gunakan yogurt perisa asli)
2 biji telur - gred A
1 sudu teh esen vanilla
2/3 cawan mentega - di cairkan
12 sudu teh jem strawberry
2/3 cawan gula ising untuk di taburkan ke atas donut
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar kepada 180'c dan griskan acuan muffin dengan sedikit mentega.
2. Di dalam sebuah mangkuk, satukan gula, tepung gandum dan baking powder dan gaul rata.
3. Di dalam mangkuk lain pula pukul telur bersama yogurt dan esen vanilla. Tuang adunan basah dan mentega cair ke dalam bahan kering dan kaup balik hingga sebati. Masukkan dua sudu besar adunan ke dalam setiap lubang acuan muffin.
4. Masukkan satu sudu teh jem strawberry ke atas adunan dan tutupkan dengan seluruh adunan tepung.
5. Letakkan muffin ke dalam ketuhar dan bakar selama 15 hingga 20 minit hingga bertukar warna perang keemasan atau masak.
6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 5minit sebelum di tabur dengan gula ising.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)