Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu. Sudah lama benar rasanya tidak berblog dan berfacebook kerana sibuk dengan pekerjaan di pejabat sepanjang minggu ini. Bila pulang kerja tiap hari pula, rasa sangat letih dan ingin istirehat saja. Apalagi anak-anak di tinggalkan di rumah ibu sepanjang hari...maka aktiviti memasak terhenti seketika. Makan malam juga tiap hari jika tidak di rumah ibu, di beli saja dari luar kerana dalam situasi sekarang masa saya di rumah amat terhad.
Hari minggu seperti hari ini, bolehlah saya masuk kedapur dan menyediakan masakan kegemaran anak-anak. Hari ini saya cuba memasak coconut prawn with mango salsa. Seronok juga sesekali mencuba resepi baru dan yang penting keluarga saya sukakan nya.
COCONUT PRAWN WITH MANGO SALSA
Bahan-bahannya
Bahan-bahannya
250gm udang
1 cawan serbuk roti
1/2 cawan serbuk kelapa kering
1 biji telur di pukul perlahan
minyak untuk menggoreng
SALSA MANGGA
Sebiji mangga di potong kiub
1/2 biji tomato kecil di potong kiub
1/2 sudu teh jus limau kasturi
1/2 sudu besar daun ketumbar di cincang halus
CARA MEMBUATNYA:
1. Kupas kulit udang, tinggalkan bahagian ekornya sahaja. Basuh dengan air sejuk, lapkan hingga kering dan ketepikan.
2. Campurkan serbuk kelapa kering dan serbuk roti di dalam mangkuk.
3. Sediakan salsa mangga dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan. Gaul hingga rata dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4. Celup udang ke dalam telur yang di pukul dan golekkan ke dalam serbuk roti dan serbuk kelapa kering yang di satukan tadi. Pastikan keseluruhan udang di salut. Letakkan udang di atas pinggan.
5. Panaskan kuali dan goreng udang tadi dengan api yang sederhana hingga bertukar ke warna keemasan.
6. Hidangkan segera dengan salsa mangga yang telah di dinginkan.
Salam..emmmm ratah pun sedap ni
BalasPadamya lah Sue @ Nenie..memang sedap meratah yang ranggup2 mcm tu kan. Sedar2 dah habis sepinggan nasi belum juga berkurang :D
BalasPadamSalam kak..ermm..ratah jer ni...nak mkn salsa mangga tu lebih sikit..
BalasPadam