Assalamualaikum,
Trend baking kek dalam balang atau jar ni sudah lama tapi baru kali ini saya berkesempatan mencubanya. Rupanya mudah sangat membuat kek ini dan sesuai pula di hidangkan pada majlis hari jadi anak-anak atau di buat hantaran untuk majlis pertunangan. Apalagi jika adunan kek tersebut di warnakan dengan warna pelangi...pasti lebih menarik.
Sebenarnya sebelum mula membuatnya saya terfikir takut-takut juga jika balang tersebut pecah atau retak di dalam oven tetapi setelah mengikut tips yang di berikan, iaitu dengan memasukkan 1/4 air kedalam loyang 4 persegi sebelum meletakkan balang-balang tersebut dan membakarnya di dalam oven, ternyata hasilnya amat baik sekali.
Jom lihat resepi yang mudah dan menarik ini, mungkin ada yang ingin mencuba :)
Bahan-bahan:
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
125 ml susu cair/segar
175 gram mentega
4 butir telur
225 gram gula pasir
1 sudu teh esen vanila
beberapa jenis pewarna makanan
Beberapa gelas kaca atau jar kaca
Cara Membuat:
1. Pukul telur, mentega dan gula pasir hingga mengembang. Masukkan tepung gandum, esen vanilla dan baking powder sedikit demi sedikit hingga habis.
2. Masukkan susu cair/segar hingga tercampur rata. Bagi adunan dalam 6 mangkuk yang berbeza, masing-masing di masukkan pewarna yang berlainan.
3. Masukkan adunan dalam balang atau gelas dan atur di dalam loyang persegi yang telah di masukkan air (1/4 air dari bahagian loyang).Ini untuk mengelakkan gelas pecah atau retak semasa proses pembakaran.
Alamak...comotnya.. :D ini belum di bersihkan lagi adunan yang melekat di balang semasa proses melapis adunan kek. ;)
4. Bakar adunan dengan suhu 175 darjah celsius selama 30 - 35 minit. Apabila kek sudah masak dan di sejukkan, bolehlah di hias dengan buttercream.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)