KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum :) 
Ini adalah kek yang saya hasilkan untuk sambutan hari lahir si kecil minggu lepas. Ia adalah kek coklat biasa yang di kukus, tetapi kali ini saya hiaskan dengan cream keju..tak seperti kebiasaanya di tuang krim coklat ganache ke atasnya. Hiasannya masih kurang kemas, maklum saja hanya sesekali menghias kek, itu pun jika ada sambutan hari lahir anak-anak. Jika di praktik selalu, mungkin hasilnya menjadi lebih baik lagi.

Resepi kek ini sangat mudah di sediakan dan saya dapat dari teman baik saya dari zaman persekolahan dulu lagi iaitu Salimi <3. 

Jom kita lihat resepinya...


KEK COKLAT KUKUS
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar serbuk nescafe

1 cawan minyak masak
3 biji telur - gred A (pukul sedikit)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas yang mendidih
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung gandum bersama soda dan baking powder ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga serbuk koko, gula dan serbuk nescafe.


2. Di dalam bekas yang lain pukul telur sebentar sahaja, masukkan susu cair, minyak masak dan seterusnya air panas yang mendidih.


3. Tuang adunan cecair kedalam tepung tadi, kacau sebentar dan masukkan kedalam loyang, serta bolehlah di kukus selama 1 jam.


Resepi krim keju.
250gm keju krim
100gm mentega
300gm gula aising
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya:

1. Pukul keju krim dan mentega hingga kembang dan ringan. Masukkan gula aising dan jus lemon.

2. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan berkrim dan bolehlah di hias di atas kek.

Inilah hasilnya setelah di hias dengan krim keju


Ini pula resepi kek yang sama tapi di hias dengan krim coklat ganache, saya buatkan semasa   harijadi anak yang kedua. 

Resepi krim ganache
250gm coklat masakan - di cincang kecil
150gm susu segar
15gm mentega

cara membuatnya:

1. Panaskan susu dalam periuk kecil sehingga hampir mendidih. Padamkan api. 

2. Tuang dalam mangkuk berisi coklat masakan yang telah di cincang halus. Kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega dan kacau sebati.

3. Sejukkan ganache ini di dalam peti sejuk agar cepat pekat dan salut ke atas kek setelah ia agak pekat dan sesuai di gunakan.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)