Assalamualaikum :)
Truffle adalah sejenis manisan yang bahan asasnya terdiri daripada coklat ganache dan ada kalanya di gantikan dengan krim, coklat cair, karamel, kacang, badam, buah beri, atau lain-lain aneka buah-buahan manis, nougat, fudge, cip coklat serta Marshmallow. Rasa truffle sangat enak lebih-lebih lagi jika di sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Seperti biasa apabila bercuti , kesempatan masa yang ada di rumah saya habiskan dengan meneliti stok barangan dapur dan kebanyakannya menghampiri tamat tempoh. Inilah padahnya jika beria-ia shopping barangan dapur tapi jarang memasak. :D. Bukan apa, terkadang macam-macam idea nak masak itu dan ini berlegar dalam fikiran ketika sedang shopping tapi sering pula tertangguh-tangguh kerana sibuk dengan tugas harian di pejabat, dan sampai rumah saja sudah malam dan keletihan.
ketika mengemas stok barangan dapur itu, saya terjumpa buah-buahan kering yang masih kemas berbungkus di dalam kotak dan sudah hampir tarikh luputnya. Jadi datanglah idea untuk membuat truffle coklat dan buah-buahan kering. Truffle ini sangat mewah dan sedap rasanya..tak rugi jika cuba membuatnya...anak-anak pasti suka.
CHOCOLATE & MIX FRUITS TRUFFLE
250gm coklat masakan
60ml whipping cream
¼ cawan kacang tanah – di goreng & blender kasar
¾ buah-buahan kering (yang telah siap di cincang)
¾ cawan kelapa kering – untuk menyalut truffle.
Cara membuatnya:-
1. Cairkan coklat masakan yang di cincang terlebih dahulu dengan krim di atas api sederhana dan setelah cair, masukkan kacang tanah serta buah-buahan kering dan di kaup balik.
2. Sejukkan adunan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang ½ jam.
3. Keluarkan adunan dan bentukkan seperti bebola. Golekkan bebola tersebut dengan kelapa kering dan masukkan kedalam cawan kertas mini.
4. Sejukkan sebentar kedalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)