Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Jika di Kedah, Terengganu dan Kelantan...hari ini merupakan cuti minggu. Walaupun saya menetap dan bekerja di Langkawi, saya tetap bekerja hari ini dan cuti mingguan saya adalah pada hari sabtu & ahad. Ini adalah biasa bagi kerjaya yang melibatkan customer service dan berurusan dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Kadang-kadang cuti mingguan juga berubah-ubah bergantung kepada graf kemasukkan pelancong terutamanya pada cuti umum atau cuti sekolah.
Baiklah...hari ini tak mau bercakap soal kerja, dan seperti biasa...saya ingin berkongsi resepi yang mudah-mudah sahaja dan yang penting sedap. Suka tak makan tauhu sumbat? Ada dua jenis kuah sampingan yang di hidangkan dengan tauhu sumbat ni, dan hari ini saya ingin berkongsi resepi kuah kacang yang sangat sedap. Resepi asalnya dari Chef Hanieliza dan saya ambil di SINI. Menurut kak Liza, kuah ini adalah kuah sate dan sesuai juga di makan dengan nasi impit. Jika begitu..sesuai jugalah di makan dengan tauhu sumbat yang saya sediakan ni, kan. Baiklah...jomlah kita lihat resepinya...:)
TAUHU SUMBAT
Bahan-bahannya
6 keping tauhu
Di potong halus seperti mancis
1 batang lobak merah
1 biji timun
sedikit ubi sengkuang
segenggam taugeh - di bersihkan dan celur seketika
1. Gaul sedikit garam dengan tauhu dan goreng hingga kekuningan. Toskan minyak.
2. Belah dua tauhu (menjadi segitiga) dan sumbat sayuran yang di potong halus tadi ke dalamnya.
KUAH KACANG
1/2 kg kacang tanah - di goreng, buang kulitnya dan tumbuk kasar.
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Sedia untuk di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)