Assalamualaikum,
Sepertimana laksa, laksam juga adalah hidangan enak yang di hidangkan dengan ulam-ulaman. kakak ipar saya adalah peminat tegar menu yang satu ini dan saya belajar cara penyediaan laksam darinya. Rupanya kuah laksam kedah ini lebih kurang sama seperti kuah laksa juga, cuma yang membuatnya berbeza adalah campuran santan dan lengkuas ke dalam kuah. Beliau menggunakan ikan kembung untuk menghasilkan kuahnya tapi kali ini saya menggunakan ikan selangat campur dengan ikan parang atau di kedah di sebut ikan kebasi.
Jom kita lihat resepinya...
Jom kita lihat resepinya...
LAKSAM KEDAH
Untuk Kuah
1 kg ikan kembung di rebus (kisar dan tapis ambil patinya)
1 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur
air secukupnya (ikut kepekatan kuah yang di kehendaki)
1 sudu kecil serbuk lada hitam - jika suka
Bahan Kisar
15 biji cili kering - di rendam dalam air mendidih, toskan.
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 cawan air
Cara membuatnya:
1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan santan.
2. Renihkan seketika dan masukkan juga bunga kantan, daun kesum, garam dan asam gelugur. Jika suka boleh tambah 1 sudu kecil serbuk lada hitam untuk membangkitkan rasa.
3. Biarkan mendidih dan apabila sudah secukup rasa, matikan api dapur.
Untuk kulit laksam pula ada berbagai versi resepi dan yang paling saya suka dan menjadi adalah yang di ambil di SINI. Terima kasih kak IlahJY atas resepinya. Izinkan saya kongsi sekali lagi di sini.
CARA MEMBUAT LAKSAM
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
sedikit minyak untuk di sapu di atas tudung periuk (boleh juga gunakan loyang leper)
1. Panaskan kukusan bersama tudung periuk yang disapu minyak secukupnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan laksam di gulung dan tak melekat di tudung periuk/loyang nanti. Pastikan setiap kali mengukus, loyang di sapu dengan sedikit minyak.
2. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan air suam, Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3. Masukkan adunan ke dalam jag sambil di kacau supaya adunan tepung tidak mendap. Tuang ke atas tudung periuk dan kukuslah sehingga gelembung baru angkat. laksam akan patah ketika menggulungnya. Api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)