Assalamualaikum,
Dah hampir seminggu hujan je tiap hari di sini. Dalam cuaca sejuk begini memang perut sentiasa minta di isi dan yang terlintas dalam fikiran saya ketika 'dinner' malam tadi adalah sesuatu yang pedas dan hangat. Anak-anak sejak awal lagi kekenyangan dan menolak untuk makan malam kerana sudah menikmati burger dan milo panas dengan abah mereka. Kebetulan saya pulang agak lewat dari pejabat kerana kesibukan dan tidak sempat menyediakan makan malam.
Intai-intai resepi maggi ketam dari dapur CMG di tiffinbiru..memang benar-benar mengiurkan dan saya pun ambil keputusan untuk masuk kedapur. Jadi untuk makan sendiri, saya masakkan maggi sahaja dan di masukkan pula seekor ketam bunga.Hmm..sedap betul menghirup kuah maggi dalam kedinginan hujan lebat.
MAGGI KETAM MENGIURKAN
Bahan-bahannya
1 paket mi maggi
1 paket perencah kari - maggi tadi
1 pelepah sawi putih - siang berasingan batang dan daun
1 biji telur
1 ekor ketam bunga - cuci bersih
1 camca besar sambal tumis
1/2 camca besar sos cili
1/4 camca teh serbuk lada hitam
2 biji bawang merah di hiris
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 hirisan nipis halia
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Hirisan daun sup - untuk hiasan
Hirisan cili merah - untuk hiasan (saya masukkan cili padi)
Limau kasturi - di belah 2 - untuk hiasan
Sebiji tomato ceri - dibelah 4 - untuk hiasan
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1 sudu besar), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, tambah sambal tumis dan sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
2. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna (kurang lebih 5 minit). Angkat ketam tadi dan ketepikan.
3. Masukkan telur dan kecilkan api, masak hingga telur agak keras. Tambah batang sawi,mi maggi dan perencahnya. kacau perlahan dan masak hingga mi lembut.
4.Masukkan pula serbuk lada hitam dan daun sawi, kacau rata dan masak sekejap. Jika suka kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.
5. Tuang mi maggi ke dalam mangkuk yang sesuai, letakkan ketam tadi atasnya, tabur dengan hirisan daun sup dan cili merah. Letak limau kasturi dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)