Sekejap je hari berlalu...dah 26hb September 2013. Hari ini merupakan tarikh yang penting juga dalam hidup saya kerana ulangtahun blog fizalgk ni yang pertama. Dah setahun rupanya saya menulis dan berkongsi cerita di sini.
Seperti kata pepatah melayu, umur setahun jagung..ertinya masih belum berpengalaman dan harus banyak belajar dari blogger lama. Kehadiran blog ini juga sekadar untuk memenuhi masa lapang dan memeriahkan lagi dunia blog masakan, tidak terlintas sedikit pun untuk bersaing dengan sesiapa. Masih banyak yang perlu saya belajar dan saya juga ingin memohon maaf kerana ada banyak komen dari pembaca sebelum ini yang masih tersimpan dan tidak boleh di jawab atau publish. Entah di mana silapnya kotak komen saya tidak berfungsi sekian lama dan baru kini saya boleh berinteraksi dan jawab segala komen, itupun menggunakan google+. Inilah yang terjadi kalau tak cukup ilmu untuk berblog :).
Terimakasih juga untuk pembaca yang sudi singgah dan mencuba resepi yang saya kongsikan di sini. Harapan saya langkah demi langkah memasak yang saya sertakan di sini akan memudahkan lagi kerja memasak untuk di hidangkan kepada keluarga tercinta.
Baiklah...panjang benar saya berceloteh hari ni. Maklumlah umur dah setahun, dah mula nak belajar bercakap..hee...hee..hee. Jomlah kita tengok resepi hari ni.
1 ekor ikan - berat kira-kira 700gm di bersihkan (apa-apa jenis ikan pun boleh)
6 tomato ceri - di belah
6 biji cili padi - di ketuk
1 pek tauhu telur dihiris dan goreng sehingga perang keemasan, ketepikan seketika.
1 sudu besar gula batu (di haluskan)
2 sudu besar Kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih dicincang
3 cm halia dicincang
Bahan perap : 1 sudu besar jus lemon + 1 sudu besar halia + 1 sudu besar bawang putih dicincang
1. Lumur ikan dengan bahan perap dan ketepikan seketika.
2. Tumis halia, bawang putih, cili padi dan bahan-bahan sos lain hingga wangi. ketepikan seketika.
3. Letakkan ikan di dalam periuk dan kukus ikan hingga separuh masak sahaja. Tuang/sejatkan air hasil kukusan tadi serta tuang pula tahu serta bahan tumisan tadi ke atas ikan.
4. Kukus semula ikan tadi dengan api yang kuat iaitu kira-kira 5 minit atau hingga masak.
5. Sedia untuk di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)