Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu untuk semua pembaca blog ini dan yang sudi singgah di sini. Sarapan apa ye hari ni? kalau saya bersarapan sejenis kuih lama iaitu lepat labu kuning. Ada separuh lagi labu kuning di dalam peti sejuk baki dari membuat brownies dua hari lepas saya rebus dan proses menjadi lepat. Selalunya ibu kita dulu mahir buat kuih-kuih lama begini kan.
Sedap dan mudah resepi lepat labu dari blog darleenpersona ni. Dan menurutnya resepi ini adalah 'secret recipes' dari ibu Aleen sendiri. Terimakasih Aleen, dan izinkan saya berkongsi sekali lagi disini.
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula (dan di tambah 3 sudu besar lagi gula)
1/2 sudu teh garam halus
Bahan B
1/2 biji labu kuning - berat anggaran 1 kg
Bahan C
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnya - di layur
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan A kedalam sebuah mangkuk, gaul hingga semua bahan bercampur dan ketepikan seketika.
2. Kupas labu kuning dan potong kiub. Rebus hingga empuk dan toskan dalam 2 minit serta lenyek sehingga hancur.
3. Tuang labu lecek kedalam bahan A dan gaul rata sehingga bercampur. Jangan tambah air. Adunan sedang elok sahaja jika gunakan sukatan resepi di atas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)