Selalunya kalau beli nangka madu saya akan buat bubur, serawa atau makan begitu sahaja. Selain dari itu nangka juga boleh di buat puding yang lazat. Ada orang tak makan nangka kerana badan akan masuk angin. Rasanya kalau ambil dalam kuantiti yang sedikit tidak akan menimbulkan masalah.
Semalam saya mencuba sedikit kelainan iaitu resepi kek nangka dari dapur Che Mat Gebu. Memang sedaplah kek nangka ini, lain dari yang lain. Bau nangka juga harum semerbak ketika kek di bakar.
Terima kasih kepada Che Mat kerana resepi yang sedap ini dan izinkan saya berkongsi sekali lagi di sini :)
KEK NANGKA MADU
Sumber : Tiffin Biru
125gm mentega
120gm gula kastor
1 biji telur - gred A
125gm tepung berserbuk penaik (self raising flour)
1/4 sudu teh esen vanilla
125ml susu segar
Secubit garam
3-4 ulas nangka madu - ambil isinya dan hiris kasar (Asingkan sedikit untuk di taburkan atas kek nanti - hiasan)
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175'c, lenser acuan loaf (saiz 6inci x 3 inci x 2.5inci) dengan mentega. Alas dasarnya dengan kertas dan lenser kertas tadi. Ketepikan seketika.
2. Putar mentega dengan gula kastor sehingga putih dan gula larut. Masukkan telur dan putar lagi sehingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
3. Masukkan esen vanilla dan nangka hiris, gaul rata. Tuang ke dalam tin tadi dan tabur di atasnya hirisan nangka yang di asingkan tadi. Bakar dalam 50-55minit atau sehingga kek masak. Biarkan kek sejuk sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Sejuk sepenuhnya atas redai dan bolehlah di hidangkan.
Tips dari Che Mat : Kalau nak potongan yang cantik, lepas kek sejuk, bungkus kek tadi dan simpan ke dalam peti sejuk selama 2-3jam, kemudian potong dengan pisau yang tajam. insyaAllah anda akan dapat potongan kek yang elok.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)