KUIH SERIMUKA

Assalamualaikum,

Salam pagi Sabtu untuk semua. Hari ini saya ada buatkan kuih serimuka untuk keluarga..maklum saja selagi bekalan kelapa tidak habis, selagi itulah akan muncul resepi-resepi berasaskan santan dalam blog ini.

Kuih serimuka atau di utara di panggil juga pulut sekaya adalah kuih tradisional yang mampu bertahan hingga kini dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Yang paling saya suka tentang kuih serimuka ini adalah bau pandan yang harum dan rasa lemak manis sekaya atau lapisan atasnya yang sungguh membuka selera. Bagi saya lebih puas buat sendiri di rumah dari beli di kedai kerana rasanya memang berbeza.

Bagi yang tinggal di Langkawi tu, kalau malas buat sendiri boleh juga order dengan saya. Hee...heee.....sempat lagi promosi tu. Baiklah, bagi yang ingin mencuba, saya sertakan sekali resepinya di sini.

SERIMUKA PANDAN
Sumber : Chef Asma
Bahan-bahan lapisan bawah 
500gm beras pulut
300ml santan pekat 
300ml air 
2 sudu teh garam halus

Cara membuatnya
1. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 4jam.

2. Basuh Bersih, toskan dan kukus semua bahan di atas selama 30minit. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati dan tekan dalam loyang 10 x 10 x 2"


Bahan-bahan lapisan bawah 

Bahan A
250gm gula kastor
100gm tepung kastard
400ml santan pekat 
400ml air
20gm daun pandan di kisar dengan air di atas, tapis dan ketepikan.


Bahan B
4 biji telur 
1/2 sudu teh garam halus
beberapa titis pewarna hijau
1/4 sudu teh essence pandan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA


1. Satukan bahan A kacau rata dan masukkan bahan-bahan B, kacau hingga sebati.



2. Tapiskan kedalam periuk dan masak sebentar adunan sambil di kacau dengan whisk hingga naik wap.



3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30minit hingga masak.



4. Setelah sejuk bolehlah di potong dan hidangkan kepada keluarga tercinta.





0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)