Assalamualaikum,
Kek coklat memang di gemari ramai, terutama sekali anak-anak. Berbagai versi kek coklat telah saya cuba dan choc moist cake yang saya buat sempena hari ulangtahun kelahiran yang ke 12 anak kedua kelmarin, benar-benar terasa coklatnya, lembab dan sedap sekali. Kalau tanpa topping pun dah kuat terasa coklatnya.
Cadangan asalnya saya ingin menulis nama 'birthday boy' di atas kek tersebut, tapi atas permintaan dia yang memang penggemar coklat nombor 1, untuk 'decorate' sendiri atas kek tersebut dengan coklat Kit Kat bites kegemarannya tu..saya turutkan saja. Asalkan anak-anak suka dengan apa yang saya masak itu sudah lebih dari cukup dan membahagiakan. Apa lagi jika mereka memuji keenakan masakan tersebut, berbunga-bunga rasanya perasaan seorang ibu, tau. :D hee....hee...hee. Siapa yang ada anak, taulah bagaimana rasanya.
CHOC MOIST CAKE
Sumber : Marizah Miza (Mai Share ReCipe)
Di ayak (Bahan A)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Masak semua bahan atas api perlahan hingga larut (Bahan B)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/minyak sayuran
(Bahan C)
2 biji telur - gred A
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1. Pukul telur dengan whisk hingga berbuih, masukkan esen vanilla.
2. Masukkan bahan B yang telah di masak dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang di ayak sikit-sikit sambil kacau hingga larut, tuang adunan dalam loyang bersaiz 8" yang telah di gris dan di alas dengan baking paper.
4. Tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik untuk elak dari wap air menitik ketika proses mengukus dan kukus selama sejam atau hingga masak. Tunggu kek sejuk sebelum di tuang topping.
CARA MEMBUAT TOPPING
Bahan-bahan
100ml susu cair
300gm coklat masakan di cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
1. Masak susu di atas api perlahan hingga mendidih.
2. Masukkan coklat masakan dan serbuk koko, kacau hingga sebati.
3. Masukkan butter, kacau lagi.
4. Bila semuanya sebati, bolehlah di tuang ke atas kek. Sejukkan lebihan topping ke dalam peti sejuk untuk deco.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)