BINGKA ROTI BERJAGUNG

Assalamualaikum ;)

Melihat kepada lebihan roti putih di dapur yang tidak habis di makan oleh anak-anak sekembalinya dari kerja petang semalam, mencetuskan idea untuk saya melakukan sesuatu. apa lagi setelah membuka peti sejuk dan melihat masih banyak jagung krim dalam tin lebihan dari memasak apam balik dua hari yang lalu. Daripada di biarkan keduanya tamat tempoh dan berkulat, ada baiknya saya gabungkan keduanya menjadi bingka roti berjagung.

Seperti biasa, resepinya tidaklah sesukar mana dan jika benar-benar mengikut resepi yang di tulis, InsyaAllah pasti menjadi.

Jom, langsung saja kita melihat resepinya...

BINGKA ROTI BERJAGUNG 
Sumber : Chef Azimah Mansor
Di ambil dari Naz Rinn Chan Fotopages

Bahan-bahan
3 biji telur
150gm gula kastor
150gm mentega (cairkan)
1/2 sudu teh garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 500ml santan + 500ml susu segar)
200gm jagung krim dalam tin 


Cara membuat:

1. Pukul hingga sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, di ikuti dengan santan atau boleh juga di gantikan dengan susu segar, tepung gandum dan garam halus. (saya masukkan semuanya ke dalam blender dan kisar hingga halus).

2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min - 20minit.


3. Masukkan jagung dalam tin dan kacau hingga sebati.

4. Sapu mentega pada loyang bingka dan tuangkan adunan tadi.

5. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180'c selama lebih kurang sejam. Saya ubah ke api atas sahaja 10minit terakhir untuk jadikan bahagian atasnya garing dan berkerak.


 6. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan pada keluarga. Bagi saya bingka ini sungguh sedap. 





0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)