Assalamualaikum,
Menu makan malam saya hari ni ringkas tapi sedap bila di gandingkan dengan nasi panas. Apa lagi jika ada ikan masin goreng. Sedar tak sedar, mau bertambah nasi dan hilang diet di buatnya. Sebaik saja pulang dari pejabat petang tadi, saya singgah di pasar basah dan tertarik dengan sayur petola yang masih baru dan segar jadi datang idea untuk buat masak lemak bersama udang dan suun.
Memang sedap makan masakan kampung begini kan? Masakannya ringkas dan kebanyakan orang memang tahu masak sayur ni. Bagi yang baru belajar memasak seperti anak saya tu, bolehlah rujuk resepi di sini.
SAYUR PETOLA MASAK LEMAK
Bahan-bahan
2 biji petola - di buang kulitnya dan di potong
1 kiub pati ikan bilis
2 cawan santan pekat
1 cawan air
4 biji bawang merah - di mayang
1 ulas bawang putih - di mayang
sebungkus kecil suun - di rendam sebentar
1 biji telur
1 biji cili merah
beberapa ekor udang yang di kupas kulit
Cara membuat:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan kiub pati ikan bilis. Pecahkan telur kedalam kuah sayur dan biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan sayur petola, udang, cili merah, santan, suun dan garam. Masak sehingga mendidih dan suaikan rasa.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)