KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni rasa teringin nak makan kek lapis yang di kukus. Resepi kek lapis Alwani ini saya sering buat dulu kerana suka dengan rasanya yang di campur dengan serbuk horlick dan warnanya yang cantik. Sejak pertama kali saya ambil resepi ini yang di sumbangkan oleh Dayang Jack di Myresepi suatu masa dulu, terus terpikat dan jika ada kelapangan atau majlis hari jadi anak-anak selalu saya buat sebagai menu sampingan.

Sambil menonton TV semalam, datang mood rajin dan kebetulan pula semua bahan-bahan yang di perlukan ada di dapur..maka terhasil lah kek lapis Alwani kukus dan saya kongsikan sekali lagi resepi di blog ini untuk rujukan sendiri pada masa depan dan kepada yang ingin mencubanya.

KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)
Sumber : Dayang Jack - Myresepi
Bahan-bahan (loyang 6nci / 5" x 9" inci)

1 cawan tepung gandum 
1/3 cawan horlick (original)
5 biji telur gred gred A
1/2 cawan gula halus
200gm majerin 
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam 
1 sudu teh esen vanilla 
Sedikit perwarna oren, hijau dan merah (saya tukar ke warna merah, kuning dan ungu)


Cara-cara

1. Sediakan pengukus, jerang airnya. Sediakan juga loyang dan sapukan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.

2. Gaulkan kismis dengan tepung (1 sudu makan) ketepikan. Ayak tepung bersama horlick di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.

3. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil di putar.


4. Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan pula tepung dan putar hingga sebati.

5. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan tiap satunya dengan warna berlainan.



6. Tuangkan adunan merah ke dalam loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.




7. Ulangi langkah 7 untuk lapisan kuning. Kukus selama 15 minit.


8. Akhir sekali tuangkan lapisan ungu dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira-kira 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum di potong.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)