PAPRIK UDANG

Assalamualaikum, 

Sedang berkira-kira untuk makan tengahari di mana hari ni? Kalau yang belum masak tu atau ingin mencuba resepi yang cepat di masak, apa kata kita mencuba resepi nasi paprik udang, atau boleh juga di gantikan dengan sotong dan ayam. Bahan-bahan asas untuk kuahnya pula sama saja, cuma gantikan lauknya.

Masakan yang ringkas dan cepat begini yang saya suka. Tak perlu banyak-banyak masak lauk lain. Cuma buat lauk paprik dan gandingkan dengan nasi putih. Apalagi jika di lebihkan cili padi...pasti lebih terangkat. Maklumlah saya ni penggemar masakan yang pedas-pedas. Bila anak-anak ingin turut makan masakan ini, terpaksalah saya kurangkan jumlah cili padi yang di gunakan dan gantikan dengan cili merah yang kurang menyengat.

Jomlah kita lihat resepinya...

PAPRIK UDANG 
Sumber : paprik - makyong (my resepi)
500gm udang - di kopek dan tinggalkan ekor sahaja
1 labu bawang besar - di mayang 
2 batang serai -di titik
Bunga kobis, kacang panjang, karot dan jagung muda
2 biji buah tomato di potong empat
Sedikit sos cili, sos tomato,sos tiram dan kicap manis
Serbuk perasa (Jika suka)
sehelai daun limau purut - carik-carikkan 

Bahan yang di tumbuk 
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih  
5 biji cili padi 
Cara-cara:

1. Panaskan kuali, gorengkan udang (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing)

2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang di tumbuk. Kacau sekejap.

3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

4. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..saya pernah cuba paprik resipi makyong ni..tapi guna ayam..memang sedapppppp

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)