Assalamualaikum,
Pernah dengar kek bunga rampai?
Sebenarnya kek ini menggunakan kelapa kering yang di warnakan hijau dan merah
seakan-akan bunga rampai. Cara mewarnakan kelapa kering adalah dengan memasuk an
nya ke dalam plastik dan titiskan pewarna serta goncangkan plastik hingga warna
melekat dan sebati dengan kelapa kering tersebut.
Ketika zaman sekolah dahulu, kek ini
selalunya di hidangkan pada hari raya tapi saya tidak pernah ambil pusing
bagaimana cara membuatnya, kerana ketika itu kurang minat dengan kerja masak
memasak…yang saya ingat, saya suk a
makan dengan air teh sambil melihat corak seakan bunga rampai pada kek ni.
Hari ni saya ingin berkongsi
resepi kek ini dan sumber resepi ini juga saya dapat dari internet., cuma saya ubah
sedikit dengan membakar di dalam acuan cupcakes bagi menarik perhatian anak-anak.
Jom lihat resepinya.
KEK BUNGA RAMPAI
Sumber resepi : Jasmeen Fotopages
Bahan-Bahan
1 ½ Cawan margerin
1 ½ cawan gula kastor
5 biji telur – gred A
2 sudu the esen
vanilla
1 ½ cawan tepung naik
sendiri
1 cawan kelapa kering
Pewarna merah dan
hijau
Cara membuat
3. Masuk kan
tepung sedikit demi sedikit sambil di putar.
4. Masuk kan
kelapa kering, kaup balik hingga rata dengan menggunakan spatula.
5. Tuang ke dalam Loyang
dan bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.
Dah sejuk, bolehlah di hidangkan. Lihat corak kek ni...memang seiras bunga rampai, kan?
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)